Tuesday, August 25, 2015

Muhasabah Diri

Assalammualaikum. Hai.



Apa khabar lah korang. Aku  baru habis jenjalan blog-blog kak sepet, kak peej. Terus tangan aku menggelupur nak update blog. Tak boleh tahan dah, macam mana kena update jugak. Gituu lah tahap overnye. Aku dua tiga hari ni jiwa kacau sangat. Ada lah masalah datang bertimpa-timpa. Alhamdulilah lah Allah bagi lagi ujian makna dia sayang. Tapi ingat lah jugak, ujian tu kekadang teguran biar kau tu sedar sikit kau tu banyak dosa. 

Aku ni baru nak grade, baru nak hidup. Lepas tu pulak bisnes ke laut sikit sebab salah aku lah jugak. Jadi hidup kat KL kau pepaham je lah susah dia macam mana bila kau tak berduit. Bukan nak kata duit tu segalanya, tapi duit tak ada macam mana nak hidup, sedangkan masuk toilet KLCC pun rm2, maslahnya kenapa kau kena masuk toilet klcc yg mahal, pump shell free je masuk. Tu perumpamaan lah pandai. Masalahnye kenapa  kau merepek sangat. hahaha

Jadi aku muhasabah lah diri, dalam hati aku kuat nak tengok bisnes run dengan majunya. Nak income 5K everymonth. 5K tu gaji aku lah impianya, duit syarikat lain lah. Tapi masalah aku dari 2012 dulu aku tak fokus, tak fokus, tak fokus. Baru bisnes nak jual macam-macam. Cepat sangat tertarik dengan iklan-iklan dropship,agent. Terus tak maju-maju. Sekarang aku nak belajar fokus ni. Aku ada dua produk je Vitamin C NLE & Eskinol. Yang lain aku tolak tepi dah. Doakanlah aku berjaya.

Lagi satu nak cerita sebenarnya apa-apa pun kita buat kita kena usaha ambil hati Allah dulu. Baru usaha nak up kan sale. Aku cakap kat diri sendiri. Sebab aku jenis bangang sikit, dah tahu tak buat. Marah diri sendiri. Sejak down melampau-lampau aku betul-betul minta dengan Allah guide aku. Allah bagi jawapan cara best, aku nampak post-post kawan-kawan kat fb pasal sebelum usaha buat sehabis baik dengan Allah dulu, aku jumpa post founder mamalid ( tak sure nama dia ), dia cakap sebelum usaha kena buat ni everyday, solat awal waktu, dhuha, tahajud, sedekah. Padahal ni konsep asas sangat, tapi aku tak buat.

Lepas tu Allah bagi petunjuk lagi aku pergi blog kak sepet dia cerita dia sedekah rm200 Allah bagi RM20K. Banyak lah guide allah bagi. Conclusionye, kena cari Allah dulu baru usaha. Maap lah kalau entry ni macam ustajah sikit. hahaha aku nak remind diri sendiri je, sebab aku memang suka baca entry-entry lepas. 

Aku nak try istiqomah buat semua ni. Insya Allah result dia aku share nanti ea. Doakan syaitonirajim tak ganggu kepala otak aku. hahaha

Nak sambung kerja ni. Bye korang 

Friday, August 21, 2015

saya update blog

Assalammualaikum. Hai.


Lamaaaaa sangat tak update blog. Aku rinduu *nangis. Rindu nak blogwalking. Sekarang tengah intern. Pepaham je lah intern sibuk dia macam mana. Lepas tu internet pun tk ad. Setakat mobile internet, jauh mana lah hakak boleh pergi dik.

Tak ada orang datang dah blog ni agaknya. Melainkan orang sesat dengan key word google. Banyak entry nak tulis. Masa ada cuma ada lah masalah-masalah nye ha.

Hakak rindu blog kengkawan hakak, zyroxx, teena, nad nad, haiahh banyak lah. Entry rasa pun tak up nakk. Punyalah konon busy sangat. Kesiann sangat rasa.

Nah lah lanje gambar pergi Colmar minggu lepas. Nanti freee update lah pasal Colmar ni. Kalau free.