Monday, October 31, 2016

Terima Kasih Terengganu !

Assalammualaikum & Hai.


Seleeeepas sekian lama tak update. Wekks. Cliche. Alhamdulilah, thank you so much yang masih drop comment dekat entry-entry lama. Waktu tu sebenarnya, hurm alasan. Kita yang patut manage waktu, bukan waktu manage kita.

Ok lah supaya nanti tak lupa, nak tulis dekat sini. Dua minggu yang lepas aku pergi Terengganu. Aku sejenis nak pergi mana-mana tak pernah plan details. Details tu maksudnya mana nak pergi, nak stay mana. Owh sangat rugi, dah dekat terengganu baru nak google tempat apa best. Owh so slow. Sebenarnya, niat asal sebab nak attend weddings, tapi dah alang-alang kan pergi lah bercuti sekali since dah lama sangat ni tak pergi mana pun. 

Lepas attend wedding, konon lah aku ni nak sangat mandi pantai. Jadi baliklah hotel, tukar baju dengan gigih pergi mana nak tahu ? Pergi Pantai Batu Buruk tu. Datang je aku tengok, eh kenapa tak ada orang mandi ea ? Rupanya situ mana boleh mandi. Kesian kan. Aku kan muka macam tak malu sikit kat luar, tapi nak promote produk sendiri malu. lol. Jadi aku tanyalah akak kat situ, pantau mana boleh mandi, dia cakap Pantai Pandak. Gigih lah aku pergi, at the end tak mandi pun, jumpa satu kedai sotong celop, ikan celop terus mengubat luka lara kita makan lah. Alhamdulilah sedap + murah. ABC tu rm2 je dik. Hurmm Kl nak dapat ABC rm 2, huishh sila meninggal. HAHAHAHAHA



The best part Terengganu, mestilah makanan. Alhamdulilah, aku adalah tekak senang masuk. Semua makanan yang halal insya-Allah aku makan. Orang dia ? hurmm alhamdulilah ok, cuma biasalah mana-mana tempat pun ada je yang baik dan tak kan. But overall semua best je. Aku tak ada pun ambil gambar beria sangat sebab kan aku gemok sangat sekarang takut. HAHAHA ok lah cukuplah kot untuk come back kali ni. Cehhh.