Showing posts with label Travelogue. Show all posts
Showing posts with label Travelogue. Show all posts

Thursday, May 28, 2015

Makanan Sedap di Bandar Kunming

Assalammualaikum. Hai



Semalam aku bosan jadi aku tengok movie kat youtube je pun. Tengok cite Assalammualaikum Beijing. Boleh tahan best lah cerita tu. Si Reva bawang putih tu yang berlakon, hero tak kenal lah aku sape. Dalam cerita tu ada cerita pasal Kunming, pasal patung asshima. Banyak kali lah sebut. Aku geram juga lah, sebab aku tak pergi pun tengok patung asshima tu. Masa pack lah, nak jalan-jalan sangat tu. Sebab cerita tu, lepas tu terus tertengok gambar-gambar masa kat kunming dulu. Tertengok makanan. Dulu aku update pasal kuming tak habis kan. Ha ni aku sambung lah ni. Pfftt sangat.






Yang ni aku panggil cucuk-cucuk. Ada macam-macam jenis. Ada sayur ada macam fish ball, ada mcm bebola daging. Bebola daging tu ya ampun wey sedapnya. Bila gigit macam ada isi lain dalam tu. Dengan pedas-pedas dia. Dia tak goreng macam dekat M'syia punya. Dia bakar, ada rempah-ratus siap. Harga pun ok lah RM1 ke RM2 duit M'syia. 



Kat sini tak ada nasi berlauk ya. Eh ada-ada masa hari last aku pergi kampus baru dia, situ baru jumpa nasi berlauk. Kalau tak pesen nasi macam ni. Lauk letak atas nasi. Yg lauk tu boleh tukar-tukar ada ayam, daging, sayur-sayur, kentang. Sedaplah. Rindunya.



Ini macam tomyam versi cina. Tapi daging, ayam tak ada ya. Sesayur je semua. Kau pilih-pilih sayur lepas tu dia rebus. Memang fresh. Kat sini buah teratai tu senang dapat. Tu yang aku rinduu sangat tu. muhehehe Rangup rasa buah teratai tu. Rasa ni pun sedap. dua hari sekali ke pergi lah makan ni. Seminggu mesti dua, tiga kali makan. 




Ni gula-gula kapas biasa je. Cumanya aku jakun sebab dia boleh pulak buat ada bentuk-bentuk tu. Ada bentuk bunga, love lah, tu beli tu. Rasa dia biasa lah manis je.







Ini kita panggil La Mian dalam bahasa cina, bila melayukan jadi mee tali. Apa yg best kat china ni, semua mee dia homemade. Time kau nak makan tu baru dia buat. Jadi tak ada bahan campuran mana. Rasa pun lemak-lemak gitu. La Mian ni aku tak minat mana. Dia ada ayam dengan daging. Bukan tak sedap cuma tak kena dengan tekak aku. hehe




Kalau jalan tepi-tepi jalan tu banyak jual cucuk-cucuk macam satay tu. Lepas tu jual macam kentang macam atas ni. Ada jagung. Jagung paling menyesal beli. Keras boleh patah gigi aku. Kalau sini nak tahu halal ke tak tengok peniaga dia. Biasa yang islam pakai tudung, pakai kopiah. Kalau tepi-tepi jalan lah. Kalau kedai dia ada sijil halal macam m'syia. Ada yang kata tak takut ke makan yang kat tepi-tepi jalan, tak halal ke. Masa ni yang penting yakin je. Sebab kekadang kita orang jalan-jalan, payah nak jumpa kedai makan halal dekat sesetengah tempat. Jadi alas perut dengan beli yang dekat tepi-tepi jalan ni. Tapi kalau nak heaven pergi perkampungan islam dekat tengah-tengah bandar kunming tu. Semua yang jual dalam tu orang islam. Halal semua. Tapi mahal sikit dari yang area kampus kite orang tu. Tapi suka lah semua boleh makan tanpa ragu. Kat dalam area kampung ni jugak aku nak terbeli tudung yang base dari M'syia. pffft. Fly jejauh beli balik tudung M'syia. 


Ini adalah sesatunya kedai coolblog yang halal area kampus kiteorang. Dia jual air macam puding-puding, puding dia ya allah, terasa kat tekak ni ha sedapnya. Aku rasa dia memang kaya kite orang ada sini. Petang-petang mesti pergi sini beli. Balik makan tengah hari pergi sini beli. Semua yang ada kat kunming aku rindu, kecuali tandas, jalan raya dia, dan certain manusia yang ada kat sini. Yang tu tak rindu. Nanti-nanti ada duit lebih boleh lah pergi lagi tengok patung asshima ke. Honeymooonn ke. muhehehe. Itu sajalah setakat ni. Aku rasa lepas ni kena rajin sikit update blog. ( bukan dari dulu patut rajin ke ?, tapi ko malas jugak maslahny ), sebab kekadang cust aku banyak yg datang dari blog. wuuu lap-lap air mata bila dia kata, sy baca blog akk, sy datang dari blog, aku blogger yang entah apa-apa ni, mestilah lap-lap air mata bila ada orang baca blog sendu aku ni. Terima Kasih lah ya.


Terima Kasih Sudi Baca !

Wednesday, May 27, 2015

Bercuti Ke Sunway Lagoon Resort

Assalammualaikum. Hai


Siapa yang follow ig aku ( @sharifasyahirah ), tahulah dua minggu lepas adalah minggu yang sangat hectic, sampai nak cuci baju pun tak ada masa, nak tengok muka adik patin (roomate) pun tak ada masa. Gituu nak tunjuk aku ni busy. Sebab dah lepas minggu yang busy tu, marilah kita cuti sikit kat sunway lagoon tu. UM dan bandar sunway cuma 30 minit je. Aku masuk dengan tiket murah murah hanya RM60. Nisa yang dapat tiket ni. Aku tak tahu mana dia dapat tiket ni. Disebabkan dalam otak aku cuma nak rehat dan relax, maka tiada satu gambar pun aku ambil ya. Handphone elok terletak dalam locker sunway ni. Sekeping gambar pun tak ada. Jadinya aku ambil gambar google je lah. muhehehe

Aku masuk dah lambat pukul 1 macam tu. Sunway buka pukul 10pg sampai 6ptg je. Jadi aku dah bazir 4 jam kat situ. Nak masuk tak boleh bawa makanan. Tapi kalau kau bijak masukkan je makanan dalam beg baju. Aku rasa kau kena bijak, sebab makanan kat dalam ni mahal nak mamppss. Air mineral sebotol RM4.00, yang fishball cucuk-cucuk tu RM3 sebatang, aiskrim 2 scop RM6.50. Aku tahan je lapar sampai keluar sunway tu. Sebab aku rasa sangat membazir beli makanan mahal-mahal sedangkan kat luar ada yang lagi murah. Lepas tu nanti masa nak mandi takkan kau nak angkut beg je kan. Jadi beli lah locker RM22 saiz sederhana, large aku tak ingat berapa. Aku pergi 6 orang, beli 2 locker cukup. Sumbat je lah. Kalau korang nak beli lebih terpulang ikut mampu lah. Duit korang kan. muhehehe

Aku tak main semua mainan, tak sempat. Aku sempat main beberapa je. Aku banyak main air. Tapi kau kena cukup berani sikit lah kalau nak best main kat sini. Sampai-sampai tu kiteorang terus pergi cari vuvuzela. Ini gelongsor, tapi sumpah ini bukan gelongsor biasa. Rasa nak tercabut jugak jantung aku naik ni. muhehehe. 1 pelampung boleh naik 6 orang. Best kalau semua kawan-kawan kita je. Nak jerit terlolong hu ha hu ha tak malu. Satu yang best, semua aku naik aku jerit-jerit. Sebab kat luar kau nak jerit-jerit apahal nanti orang kata gila. Kadang tak seram mana tapi jerit tu biar over sikit.




Dia yang seram masa, dari corong nak ke gelung besar tu. Aku rasa pelampung terangkat walaupun tak sebenarnya. Aku naik dua kali. First tak rasa takut mana, yang second tu rasa takut. Mungkin sebab aku dah naik benda lain kot.

Lepas tu aku naik yang sampan tu. Wuiii mula-mula aku acah-acah berani. Sekali dah naik. Tak sanggup dah rasa. Aku rasa nak jerit suh dia berhenti turunkan aku. haha boleh cengggitu. Dia pusing 360 darjah okeh. Mau tak kecut kau tu. Nisa dengan sorang kawan aku tak naik. Aku duduk sebelah awen, sumpah aku buka mata kejap je. Yang awen, jerit- jerit suruh aku bukak mata, yang aku jerit-jerit tak nak- tak nak, siap gaduh lagi atas tu. Boleh ? Kalau lagi lama aku bukak mata, lagi kuat aku jerit rasanya. Sebab aku tutup mata jadi rasa takut tu tak over mana. Muehehe ayat cover.

Paling best wayang 5D. Memang real lah. Kerusi pun ikut gerak apa yang ada kat screen, siap dengan air, aku jerit jugak naik ni. Sebab dah pakai cermin mata. Macam aku naik benda alah tu lah. Nak cakap pun susah tapi best gila. Yang ni korang wajib cuba, tak ketar mana lah. Sikit je. 




Kalau nak datang sini datanglah awal sikit ya. Aku tak sempat nak round satu sunway ni. Sempat main-main air je. Tak sempat jalan-jalan tengok binatang. Tapi sebenarnya niat dari rumah memang nak main air pun. 

Itu je lah nak cerita nye ha. Jumpa nanti lagi.


Terima Kasih Baca ! 



Thursday, February 5, 2015

Kunming, China - Bandar Kunming

Assalammulaikum, hai.


Nah ini sambungan entry Kunming. mana-mana yang tak baca lagi part I boleh baca kat sini ya Kunming, China - Departure and Arrival kalau boleh nak cecepat habiskan entry Kunming ni. Minggu lepas lagi nak habiskan, tapi banyak gambar aku transfer dekat lappy bapak aku, makanya lappy tu pergi servis, jadi tergendala. Laju kau lepas servis terus semangat pinjam laptop abah nak hupdate blog. Muehehe. Ini hari kita cerita bandar Kunming ya. Apa yang best, apa yang tak. Pada aku bandar Kunming lebih kurang sama je dengan KL, sesak serabut, selirat semua. haha Dari uni aku tu nak ke bandar tak jauh adalah 15 minit naik bas no 10. 

Tambang bas murah 2yuen untuk bas ada aircond and 1yuen untuk yang tak ada aircond. 1yuen sama dengan 0.50sen. Murah. Walau tak ada aircond jangan kau takut ya, sebab tak ada bau. Cuma kalau naik bas kat sini seram, eh bukan bas je motosikal, basikal, kereta semua seram. Diorang bawak gila kau tahu. Lampu isyara pun aku pening. sampai aku nak balik M'syia pun masih tak paham lagi. kau bayangkan kalau m'syia lampu merah, pejalan kaki hijau maka kau boleh lintas dengan selamat. Tapi kat sana tak ya, engko lampu pejalan kaki hijau, lepas tu lampu isyarat ada merah dengan hijau. Maka engko lintas sambil elak-elak kereta. mampu ? aku pun berlari-lari nak cecepat lintas, kalau nak let it go biar dekat m'syia ya. hahaha konghajo sangat. Kau tak paham aku cerita ? haha tak pe lah susah nak explain. Kau tengok mukadimah dah panjang macam ni. Aku listkan lah tempat-tempat best dekat area bandar, biar senang. Nanti korang kalau ada nak ke sini, ada idea.

- Perkampungan Islam.
Perkampungan islam wajib pergi kalau ke bandar Kunming. Dekat sini semua dijamin halal. Ada satu kedai M'syia jual pakaian dari M'syia, tapi owner yang jaga bukan orang M'syia. Tudung kat sini ada yang dari m'syia. Ada kawan aku tu, nak beli tudung, last aku belek-belek ada tulisan Melayu, made in malaysia. Apakah sangat engko ni, dari Malaysia nak beli tudung Malaysia. Nak kata ke kau beli tudung tu dari China ? hahahaha terus letak, tak jadi beli. Makanan dekat sini pun halal. Selalunya kiteorang keluar masa hari Jumaat, sebab budak lelaki solat jumaat kat sini. Ada masjid, unik masjid dia.

masjid

waktu malam


Kat sini banyak jual makanan yang macam ni. Yang atas ni kat masjid. Mahal sikit. Ada yang lagi murah nanti aku bagi tahu kat mana.

- Kampung Kraf
Aku tak tahu nama china dia apa. Aku sesuka hati letak nama sebab sini banyak jual barang kraf. haha ! Harga kat sini mura lagi dari lousiwan. Nanti lain entry aku bagi tahu Lousiwan tu apa. Tunggu tau. Aku suggest barang kraf beli sini je. Murah. Ahndmade lagi. Ada yang 10yuen, ada 5 yuen bag aku beli untuk souvenier. 




Kalau ke sini kau cari auntie ni. baik sangat. haha memula aku tak borong sini, aku nasihat kalau ke sini masuk habis-habis tanya harga. Ada jual murah ada mahal. Auntie ni baik dia tu beli 10 purse free 1, purse dia pun murah 10yuen. Lepas tu aku terus agkut anak-anak lelain mai sini, sampai auntie ni kenal dah. aku mintak komisen bawak kawan dia buat derk je. mihaha

Memborong aku. syorga sangat aku. mata ke atas terus sebab murah. Ni baru separuh ya. Siap aku buat list nak bagi siapa. Balik terus mak aku memilih. Dia pun juling nak semua kalau boleh haha!

 Kau nampak yang macam tasbih tu. Tahu tak rupa dia mula-mula buruk sangat menggerutu. Syarat dia kau nak beli kau kena gosok dengan kertas pasir baru licin, masalahnya bukan penjual yang gosok. kau gosok sendiri. Maka reramai lah orang china ni dengan kerusi duduk tepi kiosk menggosok. Laku pulak tu aku tengok. Ada azimat ke hapa.


-Pasar Malam
Ni pun best , sebab kalau pasar M'syia ada bumbung, sini tak ada. Peniaga tak naik kereta/van. Ada tapi 1 dua. Naik motor je. Modal kain dengan barang nak jual. Bentang kain tu letak barang kau. Gitu je pasar malam dia senang tak payah lipat payung. haha! Sini awas ye penyeluk saku banyak. Jaga duit/passport bebaik


Sini banyak jual payung, kualiti dia ok sangat. Aku nyesal beli 1 je ritu. Nak beli 10. haha! Tips membeli kat sini. Kalau kau nak beli tawar2 tak dapat kau belakon sikit haha! contoh kau nak beli bag harga asal 70yuen, kau nak harga 50yuen mintak2 tak dapat. Kau pura-pura nak pergi, nanti kau tengok dia panggil kau balik bagi harga tu. tapi awas kau jangan tawa2 bila dah bagi tak beli. Tak balik M'syia tak tahu ea. hahaha tapi aku ada kengkawan yang memang dari china, jadi mudah sikit. 

Kat bandar ni pun banyak kedai-kedai yang proper sikit. Sepanjang jalan kedai, mall kau boleh je masuk nak tengok. Tapi mall mahal sikit dari luar. Lagi satu aku suka pergi dekat kedai belakang2 tu, ada jual kraf jugak.


Yang ni dekat kedai belakang2 tu lah. Cantik tempat dia. Banyak bangunan lama. Auntie u kenapa tengok i itu macam, u ingat u hot ke ? Auntie u tahu i lagi hot lahh. setakat pakai legging, i dalam bilik short pants je. hahahaha sengal. I lagi pioa liang lah auntie.

Terima kasih Mardhiah selalu teman ittew jenjalan. 

Ada 1 hari tu kiteorang jumpa dengan orang malaysia, outstation sini. engko tahu duduk oversea jumpa orang M'syia best rupanya. haha akak tu mintak email gambar, tapi masa balik email dia hilang haru sangat. Maaf kak. Kalau akk baca, akk ambik je gambar saya he. 


Nah 2, 3 keping lagi gambar bandar Kunming.

 Engko pergi belajar ke shopping ? 


 Mercu tanda ni banyak je ada kat sini

 I jatuh cinta dengan u tau, tetiap minggu nak tengok u. muhahaha



Aku pergi berkali-kali bandar ni. Biasanya balik membawa sesuatu lah. haha tak pernah tangan kosong. Aku tak letak watermark dekat gambar. Sebabnya aku malas. Alasan kauu. Makanya kalau nak ambil aku izinkan, nak kredit dekat aku pun boleh, tak kredit pun tak pe. Tapi guna gambar untuk tujuan bebaik je ea. Jangan salah guna. Awas kalau aku tahu. hahaha takut sangat. Baiklah dah pa pukul 12.37 tengah malam dah. Eh kira pagi kan. Nak tido. Zao Shang Hao (selamat pagi, pukul 12 pagi kea. )

Terima kasih Sudi Baca !

Tuesday, January 27, 2015

Kunming, China - Departure and Arrival

Assalammualaikum. Hai


Aku rasa nak gila. stresss ahh. haha! aku draft entry pepanjang aku padam. haih sebab aku tak tahu nak start macam mana. Alhamdulilah bulan 8 hari tu dapat exchange student ke Kunming, Yunnan, China. Ramai gak pergi 28 orang. Dulu dekat blog lama ada tulis pasal ni. Tapi udah delete dengan blog sekali. pffftttftftft Niat nak menulis sebab kan aku jenis manusia suka baca apa aku tulis, kenangann mesti ditulis di sini nanti iolss nak baca. haha Aku pergi sebulan, makanya entry tak mungkin satu je.. memang tak ahhhhhh. Aku try tulis tempat-tempat best, panduan ke sini. Mana tahu ada yang nak ke sini nanti. 

Aku pergi dengan flight Air Asia, harga tiket RM1200 , tak sure sebenarnya tapi lebih kurang ni. Tiket tu return. Sebenarnya, Air Asia selalu je buat sale, hari tu aku nampak ada tiket RM110 je one way. Setahu aku tahu Air Asia hanya ada satu penerbangan dari KL-Kunming, Kunming-KL. Kau jangan menggangap aku kaya belajar lagi bulehh ke sana, aku disponsor oleh UM, dan aku hanya bayar rm400 untuk tiket dan ada elaun sara diri, duit belanja aku bawa dari Malaysia RM800, dekat sana aku tukar lagi RM200. Total RM1000 aku tukar. Sebaiknya tukar kat Malaysia, sana mahal dan susah nak cari. Kat airport Kunming tu adalah. Yelah aku duduk sebulan hokey. Elaun sara diri balik baru dapat. Range duit senang je, kalau sini aku bawak RM1000 sampai sana jadi 2000Yuen. 


KLIA 2


Ramai kata KLIA 2 besar, aku tak boleh nak compare lah sebab tak pernah ke LCCT yang dulu tu. Tapi besar memang ya, nak ke pintu pelepasan tu jauh gilos, pulak tu gate kite orang gate last sekali. Hah heaven kau berjalan noks. Patah kaki berlari-lari. Aku pun tak faham kenapa nak belari macam kau nak kena tinggal flight padahal masa ada 40 minit lagi. haha!  Eh aku nampak laki Liyana Jasmay masa tu, hensemm gilaaa. haha! sempat je kann. 


Siapa yang first time naik flight tu, jangan nightmare sangat lah. Masa nak take off and take down tu memang takut sikit, dia bergantung pada captain kot. Masa nak pergi tu cuaca tak bape elok bila dah nak dekat Kunming tu, hujan. Makanya kat atas tu flight banyak kali gegar-gegar masa langgar awan, lepas tu akan feeling macam nak jatuh. Ah time ni khatam segala zikir dan surah lazim. hahaha!  Tapi masa take down sakit sikit, masa balik tak, tengok-tengok dah kat bawah, eh tak rasa sakit pun. haha 

Nasi Lemak Pak Nassir

Nasi lemak ni sedap sangat. satu je naik Air Asia ni, makanan semua kena book online, sebab kiteorang beli tiket dalam jumlah besar jadi dapt free nasi lemak ni, masa pergi dengan balik tu. Flight pukul 1 macam tu sampai Kunming dalam pukul 5 kalau tak silap. Lama jugak dalam flight. 

Buktinya sedap ! Padahal aku dah lahap KFC kalau tak silap masa kat airport tu. hewhew

Selamat sampai Kunming!

Alhamdulilah selamat sampai! Masa ni cuak sikit sebab kiteorang tak tahu siapa yang nanti jemput kiteorang. Nasib reramai gini, kalau sorang i ikut steward air asia tu je kan dia Melayu. hahaha tetiba, tahu lah hensem. Eh masa nak turun flight tu kan, pilot keluar dari cabin tunggu depan pintu lepas tu cakap "selamat hari raya". Kan masa tu raya lagi. Awww berbudi bahasa betul. Nasib dah tua, kalau muda tak tahu lah. haha dasar gatal. 



Sampai asrama dapat bilik macam ni, best sangat. Aku duduk satu bilik dengan Nisa, berani dia tak nak seroomate dengan aku, maka putus kawan jawabnye. hahahaha! Katil tu kte orang cantum, sebab tempat baru kan. Dedua takut sikit. Aku acah-acah berani je. hahaha! Sampai tu solat jap lepas tu ada majlis sikit. Lepas tu tidur. Masa sampai ni suhu dalam 17c macam tu. Sejuk. Hujan lagi. Badan penat terus tido terbongkang uolss. haha! 

Ini lah dulu ya. Nenanti kite cite tempat best pulak. Moga Allah istiqomah kan aku menulis part by part. Aminnnn. hahaha! bukan untuk korang baca pun atleast untuk tatapan anak-anak akak nanti. hahaha!

Terima kasih baca! 





Monday, January 19, 2015

5 Tempat Menarik Wajib Pergi di Kuala Lumpur

Assalammualaikum dan Hai.


5 Tempat Menarik Wajib Pergi di Kuala Lumpur | Taip padam, taip padam. Tak tahu nak blog benda. Tiba-tiba rindu dak nisa nun KL tuh, terus dapat idea nak buat entri apa. Alhamdulilah tahun ni, tahun ke 3 aku duduk KL. Not bad lah KL. Bandar besar walaupun kekadang iolss serabut banyak kereta tapi kena bersyukur jugak sebab kemudahan tip topss, nak keluar transport tak ada, lrt, monorail ada. Heaven lah. . Kalau ikutkan aku dari kecik memang familiar dengan KL, banyak sedara mara sini. Lepas tu berangann sangat esok nak kerja sini, nak study sini. Tup tup Allah makbulkan dapat study sini. Alhamdulilah. Kalau korang jarang ke KL tak tahu mana nak pergi meh i guide uolss. Tapi kalau budak-budak sekolah ada tempat sesuai, ada tempat tak. haha ! 

1. Jalan Tar.
Jalan Tar atau Jalan Tuanku Abdul Rahman, atau disebut juga Masjid Jamek. Choii ayat buku sangat citpodah.  Nak shopping tudung, pakaian lelaki perempuan kekanak-kanak, nenek-nenek sini lah tempat dia. Syorga sangat. Kalau nak baju pakai sendiri cantik-cantik, harga memang murah pergi Muaz Textile. Ada 3 ke 4 cawangan dia kat Jalan Tar ni. Dekat Jalan Tar juga ada shopping mall macam Sogo, Maju Junction, ada satu baru bukak aku lupa benda.  Macam mana nak pergi sini ? Kalau dari arah Kelana Jaya, atau Gombak sila turun di LRT Masjid Jamek, kalau naik STAR, LRT yang biasa dari arah, Sri Petaling, Ampang atau Sentul Timur, pun sila turun di Masjid Jamek. 

sumber : Google



2. Berjaya Times Square
Times Square ni dia gabungan hotel dan shopping mall, selain ada indoor theme park tu, sini pun best kalau nak shopping. Harga barangan murah-murah dan mampu milik. Aku lagi suka shopping sini, harga dia lagi murah dari Jalan Tar. Jalan Tar nak borong baju bolehlah, sini borong mahal sikit. Cara nak ke sini guna public transport sila naik monorail turun stesen Imbi. Kalau naik bas ke, naik kereta maaf ya iolls tak tahu. Naik kereta waze kan aja lah. 
Sumber : Google



3. Bukit Ampang
Actually aku rasa ada nama lain bukit ni. Aku letak bukit ampang sebab dia dekat ngan Ampang. Huaha suka hati aku je. Tempat ni heaven donia. KL sangat cantik dari atas ni. Sangat. Tempat dekat pinggir bandar KL tuh. Dekat dengan Ampang. No public transport kecuali teksi. Tapi awas, tempat ni atas bukit kekadang sunyi, jangan pergi dengan pemandu teksi berdua je kalau awak tourist tau. Memalam tempat ni meriah sikit sebab ada orang buka gerai area tepi-tepi jalan tu. Tapi aku tak pernah pergi sini malam. Siang je selalu. Tak best. Awen, ngan Nisa tak nak bawak. hahahaha mati lah kau kalau diorang baca.

sumber: google




4.  Dataran Merdeka.
Sini masa paling best pergi malam hujung minggu. Best lepak sini. Bangunan yang depan dataran merdeka tu cantik waktu malam. Bolehlah. Kalau hujung minggu jalan depan dataran merdeka ni dia tutup, so korang boleh ambil gambar berlatar belakangkan bangunan Sultan Abdul Samad tu tanpa gangguan. 

Sumber: google


5. Kampung Baru
Alaaa laparr. Ingat kampung baru terus lapar. I bet u kampungg baru ni syorga makanann sangat. Siang malam makanan memang heaven tahap citpodah kat sini. Nak lauk kampung ? Nak makan bubur macam-macam perisa, kuih kampung, nak western, nak makanan turki, arab semua sini. Semua ada. Memang aku lapar je kalau pergi sini. hewhew. Nasi Lemak Antarabangsa jilat jari. Ahh lapar lah.



Ni 5 je aku senarai. Sebab kan aku pemalass sangat. Tak di aku list 10 tapi mampu taip 5 je. haha ! KLCC waktu malam pun cantik. Kalau nak shopping lagi tu Bukit Bintang, ada banyak mall situ, Pavillion, Sungai Wang. Dekat bangsar ada Mid Valley, dekat area Wangsa Maju ada Wangsa Walk Mall, ada uptown. Banyak sangaatt tempat boleh pergi. Belum masuk Muzium lah, restoran segala-segala tu. GM Chow Kit pun best tau.

Orang kata kalau sampai KL awak akan culture shock, sebab KL tempat maksiat katanya. Orang kata lah. Betul tak salah, KL banyak pub, kelab, maknyah segala tu, merata ada. But trust me pilihan ada pada engkorang, kalau korang pandai bawa diri. Everything akan jadi ok. Kalau nak berjalan balik 2,3 pagi. Pendapat aku tak salah pun, asal korang faham apa korang buat, tahu batas korang. Ingat Allah dulu.Sebab aku akui KL malam lagi cantik, kekdanag tak puass tengok lelampu. hehe ! Eh tetiba entry jadi panjang ni macam mana ? Nak baca silakan, tak nak tak pe. huahaha 

Terima Kasih Kalau Baca <3


Tuesday, January 6, 2015

Elak Berkahwin Dengan Awek Kaki Melancong ?

Assalammualaikum, Hai.


Tak di kat facebook aku viral benda ni, dua tiga orang kawan aku yang kaki travel dok repost benda ni dengan nada tak puas hati. Aku pun buka lah apa benda yang di share tu jadi jumpa lah artikel dekat blog medialah.com, korang boleh baca dekat SINI (KLIK). Dah baca ? huhahahaha aku gelak je baca tu. Satu point pun aku tak setuju. haha ! apa mengarut je pendapat gitu. Tapi dia pun copy dari blog lain tu, ad kredit kan kat bawah tu. Aku memang kaki travel dan sukaaa sangat travel, walaupun sekarang terbatas sikit nak travel mana-mana. Tapi  dalam hotak aku dah plan macam-macam tempat nak travel ni. Tapi dalam hotak aku ni pun tak terfikir satu benda pun yang dia tulis tu. Memang lawak lah. hahaha. 




Point first tak jaga penampilan, yang tak kaki travel pun ada je gitu aku tengok. Aku dalam hotak nak merancang nanti dah kahwin nak beli baju baru, walaupun duduk rumah, nak nampak cantik depan suami aku. huahaha berangan tu penting uolss. Kaki travel tak jaga muka, helloo kalau dah nama perempuan cantik tu no 1 okeh ! kalau nak lagi cantik pakai Nurraysa Soup ( sempat je kan. Muah! ) Perempuan yang pakai baju kelawar 24 jam kat rumah tu cuba tengok muka dia tepek apa ? bedak sejuk kan. Function bedak sejuk tu bukan untuk cantik ke. haha aku setuju lah jugak, ada yang 24 jam baju kelawar je, tapi sekarang tak ramai macam tu kot. huahaha lawak sangat i rasa.

Ada banyak point dia tulis, tapi aku suka dengan point 'egonya melangit' bergantung dekat orang tu lah, bukan kaki travel je macam tu. Yang tak kaki travel pun ada macam tu. 'Jika dia boleh pulang ke Malaysia setelah hilang passportnya di Poland, apa sangatlah menyelesaikan isu rumah tangga di taman Tun'  Rare betul perumpaan kau ye bang, haha

Segalanya bergantung pada wanita tu lah, bukan sebab dia kaki travel ke apa aku rasa, maybe 50% tu ada lah betul kot. Tapi kalau aku memang takkklah setuju macam tu. Bukan kaki travek ni hotak dia luas sikit ke cara berfikir ?, biasanya lah. Kalau dalam islam travel sunnah jugak, tengok hidup orang Islam lain dekat negara lain, kan best tu. Silaturohimmm. Haha tak pelah pendapat dia. 

Kaki travel jangan sentap sangat baca, nanti muka berkedut. haha. Esok aku ada paper, tapi sempat je blog kan nanti lupa. Kan azam tahun baru nak update blog selalu. haha. Setuju ke tak setuju komen tau, bye korang !



IKLAN

Sabun Nurraysa Soup ada diskaun sekarang. Kalau nak order boleh pm aku kat fb ya,

https://www.facebook.com/sharifah.syahirahii.9 (KLIK)