Tuesday, January 27, 2015

Kunming, China - Departure and Arrival

Assalammualaikum. Hai


Aku rasa nak gila. stresss ahh. haha! aku draft entry pepanjang aku padam. haih sebab aku tak tahu nak start macam mana. Alhamdulilah bulan 8 hari tu dapat exchange student ke Kunming, Yunnan, China. Ramai gak pergi 28 orang. Dulu dekat blog lama ada tulis pasal ni. Tapi udah delete dengan blog sekali. pffftttftftft Niat nak menulis sebab kan aku jenis manusia suka baca apa aku tulis, kenangann mesti ditulis di sini nanti iolss nak baca. haha Aku pergi sebulan, makanya entry tak mungkin satu je.. memang tak ahhhhhh. Aku try tulis tempat-tempat best, panduan ke sini. Mana tahu ada yang nak ke sini nanti. 

Aku pergi dengan flight Air Asia, harga tiket RM1200 , tak sure sebenarnya tapi lebih kurang ni. Tiket tu return. Sebenarnya, Air Asia selalu je buat sale, hari tu aku nampak ada tiket RM110 je one way. Setahu aku tahu Air Asia hanya ada satu penerbangan dari KL-Kunming, Kunming-KL. Kau jangan menggangap aku kaya belajar lagi bulehh ke sana, aku disponsor oleh UM, dan aku hanya bayar rm400 untuk tiket dan ada elaun sara diri, duit belanja aku bawa dari Malaysia RM800, dekat sana aku tukar lagi RM200. Total RM1000 aku tukar. Sebaiknya tukar kat Malaysia, sana mahal dan susah nak cari. Kat airport Kunming tu adalah. Yelah aku duduk sebulan hokey. Elaun sara diri balik baru dapat. Range duit senang je, kalau sini aku bawak RM1000 sampai sana jadi 2000Yuen. 


KLIA 2


Ramai kata KLIA 2 besar, aku tak boleh nak compare lah sebab tak pernah ke LCCT yang dulu tu. Tapi besar memang ya, nak ke pintu pelepasan tu jauh gilos, pulak tu gate kite orang gate last sekali. Hah heaven kau berjalan noks. Patah kaki berlari-lari. Aku pun tak faham kenapa nak belari macam kau nak kena tinggal flight padahal masa ada 40 minit lagi. haha!  Eh aku nampak laki Liyana Jasmay masa tu, hensemm gilaaa. haha! sempat je kann. 


Siapa yang first time naik flight tu, jangan nightmare sangat lah. Masa nak take off and take down tu memang takut sikit, dia bergantung pada captain kot. Masa nak pergi tu cuaca tak bape elok bila dah nak dekat Kunming tu, hujan. Makanya kat atas tu flight banyak kali gegar-gegar masa langgar awan, lepas tu akan feeling macam nak jatuh. Ah time ni khatam segala zikir dan surah lazim. hahaha!  Tapi masa take down sakit sikit, masa balik tak, tengok-tengok dah kat bawah, eh tak rasa sakit pun. haha 

Nasi Lemak Pak Nassir

Nasi lemak ni sedap sangat. satu je naik Air Asia ni, makanan semua kena book online, sebab kiteorang beli tiket dalam jumlah besar jadi dapt free nasi lemak ni, masa pergi dengan balik tu. Flight pukul 1 macam tu sampai Kunming dalam pukul 5 kalau tak silap. Lama jugak dalam flight. 

Buktinya sedap ! Padahal aku dah lahap KFC kalau tak silap masa kat airport tu. hewhew

Selamat sampai Kunming!

Alhamdulilah selamat sampai! Masa ni cuak sikit sebab kiteorang tak tahu siapa yang nanti jemput kiteorang. Nasib reramai gini, kalau sorang i ikut steward air asia tu je kan dia Melayu. hahaha tetiba, tahu lah hensem. Eh masa nak turun flight tu kan, pilot keluar dari cabin tunggu depan pintu lepas tu cakap "selamat hari raya". Kan masa tu raya lagi. Awww berbudi bahasa betul. Nasib dah tua, kalau muda tak tahu lah. haha dasar gatal. 



Sampai asrama dapat bilik macam ni, best sangat. Aku duduk satu bilik dengan Nisa, berani dia tak nak seroomate dengan aku, maka putus kawan jawabnye. hahahaha! Katil tu kte orang cantum, sebab tempat baru kan. Dedua takut sikit. Aku acah-acah berani je. hahaha! Sampai tu solat jap lepas tu ada majlis sikit. Lepas tu tidur. Masa sampai ni suhu dalam 17c macam tu. Sejuk. Hujan lagi. Badan penat terus tido terbongkang uolss. haha! 

Ini lah dulu ya. Nenanti kite cite tempat best pulak. Moga Allah istiqomah kan aku menulis part by part. Aminnnn. hahaha! bukan untuk korang baca pun atleast untuk tatapan anak-anak akak nanti. hahaha!

Terima kasih baca! 





Monday, January 19, 2015

5 Tempat Menarik Wajib Pergi di Kuala Lumpur

Assalammualaikum dan Hai.


5 Tempat Menarik Wajib Pergi di Kuala Lumpur | Taip padam, taip padam. Tak tahu nak blog benda. Tiba-tiba rindu dak nisa nun KL tuh, terus dapat idea nak buat entri apa. Alhamdulilah tahun ni, tahun ke 3 aku duduk KL. Not bad lah KL. Bandar besar walaupun kekadang iolss serabut banyak kereta tapi kena bersyukur jugak sebab kemudahan tip topss, nak keluar transport tak ada, lrt, monorail ada. Heaven lah. . Kalau ikutkan aku dari kecik memang familiar dengan KL, banyak sedara mara sini. Lepas tu berangann sangat esok nak kerja sini, nak study sini. Tup tup Allah makbulkan dapat study sini. Alhamdulilah. Kalau korang jarang ke KL tak tahu mana nak pergi meh i guide uolss. Tapi kalau budak-budak sekolah ada tempat sesuai, ada tempat tak. haha ! 

1. Jalan Tar.
Jalan Tar atau Jalan Tuanku Abdul Rahman, atau disebut juga Masjid Jamek. Choii ayat buku sangat citpodah.  Nak shopping tudung, pakaian lelaki perempuan kekanak-kanak, nenek-nenek sini lah tempat dia. Syorga sangat. Kalau nak baju pakai sendiri cantik-cantik, harga memang murah pergi Muaz Textile. Ada 3 ke 4 cawangan dia kat Jalan Tar ni. Dekat Jalan Tar juga ada shopping mall macam Sogo, Maju Junction, ada satu baru bukak aku lupa benda.  Macam mana nak pergi sini ? Kalau dari arah Kelana Jaya, atau Gombak sila turun di LRT Masjid Jamek, kalau naik STAR, LRT yang biasa dari arah, Sri Petaling, Ampang atau Sentul Timur, pun sila turun di Masjid Jamek. 

sumber : Google



2. Berjaya Times Square
Times Square ni dia gabungan hotel dan shopping mall, selain ada indoor theme park tu, sini pun best kalau nak shopping. Harga barangan murah-murah dan mampu milik. Aku lagi suka shopping sini, harga dia lagi murah dari Jalan Tar. Jalan Tar nak borong baju bolehlah, sini borong mahal sikit. Cara nak ke sini guna public transport sila naik monorail turun stesen Imbi. Kalau naik bas ke, naik kereta maaf ya iolls tak tahu. Naik kereta waze kan aja lah. 
Sumber : Google



3. Bukit Ampang
Actually aku rasa ada nama lain bukit ni. Aku letak bukit ampang sebab dia dekat ngan Ampang. Huaha suka hati aku je. Tempat ni heaven donia. KL sangat cantik dari atas ni. Sangat. Tempat dekat pinggir bandar KL tuh. Dekat dengan Ampang. No public transport kecuali teksi. Tapi awas, tempat ni atas bukit kekadang sunyi, jangan pergi dengan pemandu teksi berdua je kalau awak tourist tau. Memalam tempat ni meriah sikit sebab ada orang buka gerai area tepi-tepi jalan tu. Tapi aku tak pernah pergi sini malam. Siang je selalu. Tak best. Awen, ngan Nisa tak nak bawak. hahahaha mati lah kau kalau diorang baca.

sumber: google




4.  Dataran Merdeka.
Sini masa paling best pergi malam hujung minggu. Best lepak sini. Bangunan yang depan dataran merdeka tu cantik waktu malam. Bolehlah. Kalau hujung minggu jalan depan dataran merdeka ni dia tutup, so korang boleh ambil gambar berlatar belakangkan bangunan Sultan Abdul Samad tu tanpa gangguan. 

Sumber: google


5. Kampung Baru
Alaaa laparr. Ingat kampung baru terus lapar. I bet u kampungg baru ni syorga makanann sangat. Siang malam makanan memang heaven tahap citpodah kat sini. Nak lauk kampung ? Nak makan bubur macam-macam perisa, kuih kampung, nak western, nak makanan turki, arab semua sini. Semua ada. Memang aku lapar je kalau pergi sini. hewhew. Nasi Lemak Antarabangsa jilat jari. Ahh lapar lah.



Ni 5 je aku senarai. Sebab kan aku pemalass sangat. Tak di aku list 10 tapi mampu taip 5 je. haha ! KLCC waktu malam pun cantik. Kalau nak shopping lagi tu Bukit Bintang, ada banyak mall situ, Pavillion, Sungai Wang. Dekat bangsar ada Mid Valley, dekat area Wangsa Maju ada Wangsa Walk Mall, ada uptown. Banyak sangaatt tempat boleh pergi. Belum masuk Muzium lah, restoran segala-segala tu. GM Chow Kit pun best tau.

Orang kata kalau sampai KL awak akan culture shock, sebab KL tempat maksiat katanya. Orang kata lah. Betul tak salah, KL banyak pub, kelab, maknyah segala tu, merata ada. But trust me pilihan ada pada engkorang, kalau korang pandai bawa diri. Everything akan jadi ok. Kalau nak berjalan balik 2,3 pagi. Pendapat aku tak salah pun, asal korang faham apa korang buat, tahu batas korang. Ingat Allah dulu.Sebab aku akui KL malam lagi cantik, kekdanag tak puass tengok lelampu. hehe ! Eh tetiba entry jadi panjang ni macam mana ? Nak baca silakan, tak nak tak pe. huahaha 

Terima Kasih Kalau Baca <3


Tuesday, January 6, 2015

Elak Berkahwin Dengan Awek Kaki Melancong ?

Assalammualaikum, Hai.


Tak di kat facebook aku viral benda ni, dua tiga orang kawan aku yang kaki travel dok repost benda ni dengan nada tak puas hati. Aku pun buka lah apa benda yang di share tu jadi jumpa lah artikel dekat blog medialah.com, korang boleh baca dekat SINI (KLIK). Dah baca ? huhahahaha aku gelak je baca tu. Satu point pun aku tak setuju. haha ! apa mengarut je pendapat gitu. Tapi dia pun copy dari blog lain tu, ad kredit kan kat bawah tu. Aku memang kaki travel dan sukaaa sangat travel, walaupun sekarang terbatas sikit nak travel mana-mana. Tapi  dalam hotak aku dah plan macam-macam tempat nak travel ni. Tapi dalam hotak aku ni pun tak terfikir satu benda pun yang dia tulis tu. Memang lawak lah. hahaha. 




Point first tak jaga penampilan, yang tak kaki travel pun ada je gitu aku tengok. Aku dalam hotak nak merancang nanti dah kahwin nak beli baju baru, walaupun duduk rumah, nak nampak cantik depan suami aku. huahaha berangan tu penting uolss. Kaki travel tak jaga muka, helloo kalau dah nama perempuan cantik tu no 1 okeh ! kalau nak lagi cantik pakai Nurraysa Soup ( sempat je kan. Muah! ) Perempuan yang pakai baju kelawar 24 jam kat rumah tu cuba tengok muka dia tepek apa ? bedak sejuk kan. Function bedak sejuk tu bukan untuk cantik ke. haha aku setuju lah jugak, ada yang 24 jam baju kelawar je, tapi sekarang tak ramai macam tu kot. huahaha lawak sangat i rasa.

Ada banyak point dia tulis, tapi aku suka dengan point 'egonya melangit' bergantung dekat orang tu lah, bukan kaki travel je macam tu. Yang tak kaki travel pun ada macam tu. 'Jika dia boleh pulang ke Malaysia setelah hilang passportnya di Poland, apa sangatlah menyelesaikan isu rumah tangga di taman Tun'  Rare betul perumpaan kau ye bang, haha

Segalanya bergantung pada wanita tu lah, bukan sebab dia kaki travel ke apa aku rasa, maybe 50% tu ada lah betul kot. Tapi kalau aku memang takkklah setuju macam tu. Bukan kaki travek ni hotak dia luas sikit ke cara berfikir ?, biasanya lah. Kalau dalam islam travel sunnah jugak, tengok hidup orang Islam lain dekat negara lain, kan best tu. Silaturohimmm. Haha tak pelah pendapat dia. 

Kaki travel jangan sentap sangat baca, nanti muka berkedut. haha. Esok aku ada paper, tapi sempat je blog kan nanti lupa. Kan azam tahun baru nak update blog selalu. haha. Setuju ke tak setuju komen tau, bye korang !



IKLAN

Sabun Nurraysa Soup ada diskaun sekarang. Kalau nak order boleh pm aku kat fb ya,

https://www.facebook.com/sharifah.syahirahii.9 (KLIK)