Tuesday, August 25, 2015

Muhasabah Diri

Assalammualaikum. Hai.



Apa khabar lah korang. Aku  baru habis jenjalan blog-blog kak sepet, kak peej. Terus tangan aku menggelupur nak update blog. Tak boleh tahan dah, macam mana kena update jugak. Gituu lah tahap overnye. Aku dua tiga hari ni jiwa kacau sangat. Ada lah masalah datang bertimpa-timpa. Alhamdulilah lah Allah bagi lagi ujian makna dia sayang. Tapi ingat lah jugak, ujian tu kekadang teguran biar kau tu sedar sikit kau tu banyak dosa. 

Aku ni baru nak grade, baru nak hidup. Lepas tu pulak bisnes ke laut sikit sebab salah aku lah jugak. Jadi hidup kat KL kau pepaham je lah susah dia macam mana bila kau tak berduit. Bukan nak kata duit tu segalanya, tapi duit tak ada macam mana nak hidup, sedangkan masuk toilet KLCC pun rm2, maslahnya kenapa kau kena masuk toilet klcc yg mahal, pump shell free je masuk. Tu perumpamaan lah pandai. Masalahnye kenapa  kau merepek sangat. hahaha

Jadi aku muhasabah lah diri, dalam hati aku kuat nak tengok bisnes run dengan majunya. Nak income 5K everymonth. 5K tu gaji aku lah impianya, duit syarikat lain lah. Tapi masalah aku dari 2012 dulu aku tak fokus, tak fokus, tak fokus. Baru bisnes nak jual macam-macam. Cepat sangat tertarik dengan iklan-iklan dropship,agent. Terus tak maju-maju. Sekarang aku nak belajar fokus ni. Aku ada dua produk je Vitamin C NLE & Eskinol. Yang lain aku tolak tepi dah. Doakanlah aku berjaya.

Lagi satu nak cerita sebenarnya apa-apa pun kita buat kita kena usaha ambil hati Allah dulu. Baru usaha nak up kan sale. Aku cakap kat diri sendiri. Sebab aku jenis bangang sikit, dah tahu tak buat. Marah diri sendiri. Sejak down melampau-lampau aku betul-betul minta dengan Allah guide aku. Allah bagi jawapan cara best, aku nampak post-post kawan-kawan kat fb pasal sebelum usaha buat sehabis baik dengan Allah dulu, aku jumpa post founder mamalid ( tak sure nama dia ), dia cakap sebelum usaha kena buat ni everyday, solat awal waktu, dhuha, tahajud, sedekah. Padahal ni konsep asas sangat, tapi aku tak buat.

Lepas tu Allah bagi petunjuk lagi aku pergi blog kak sepet dia cerita dia sedekah rm200 Allah bagi RM20K. Banyak lah guide allah bagi. Conclusionye, kena cari Allah dulu baru usaha. Maap lah kalau entry ni macam ustajah sikit. hahaha aku nak remind diri sendiri je, sebab aku memang suka baca entry-entry lepas. 

Aku nak try istiqomah buat semua ni. Insya Allah result dia aku share nanti ea. Doakan syaitonirajim tak ganggu kepala otak aku. hahaha

Nak sambung kerja ni. Bye korang 

Friday, August 21, 2015

saya update blog

Assalammualaikum. Hai.


Lamaaaaa sangat tak update blog. Aku rinduu *nangis. Rindu nak blogwalking. Sekarang tengah intern. Pepaham je lah intern sibuk dia macam mana. Lepas tu internet pun tk ad. Setakat mobile internet, jauh mana lah hakak boleh pergi dik.

Tak ada orang datang dah blog ni agaknya. Melainkan orang sesat dengan key word google. Banyak entry nak tulis. Masa ada cuma ada lah masalah-masalah nye ha.

Hakak rindu blog kengkawan hakak, zyroxx, teena, nad nad, haiahh banyak lah. Entry rasa pun tak up nakk. Punyalah konon busy sangat. Kesiann sangat rasa.

Nah lah lanje gambar pergi Colmar minggu lepas. Nanti freee update lah pasal Colmar ni. Kalau free.


Sunday, May 31, 2015

Bestfriends

Assalammualaikum.


Semangat hari-hari update blog. Kita tengok nanti lagi dua tiga hari terus sepi. krik krik je blog ni. huhahaha Topik kita hari ini ialah bestfriends. Korang ada bestfriends, mesti lah ada kan,  bestfriends dari zaman sekolah tadika, rendah, menengah, uni, esok-esok kerja ada bestfriends lagi. Macam aku ni bestfriends berganti-ganti sejak sekolah tadika. Kalau berganti tapi rapat sampai sekarang kira bagus lah jugak, ni idok ye, terus lost contact, tak tahu lah mengapa, mungkin sebab tahap kematangan belum ada sangat masa itu. muhehe zaman tadika bestfriends dengan si A, zaman sekolah rendah, menengah bestfriends dengan si B, macam tu lah. Tapi alhamdulilah sejak sekolah menengah aku keep intouch lagi dengan bestfriends yang dedulu tu. Cuma ada yang dah tak rapat mana.

Tapi walau kita ada beribu bestfriends mesti ada sorang, dua, atau tiga yang betul-betul soulmate kan. Yang maknanya kita memang cari masa kita susah ke senang ke. Kann. Macam aku dulu masa form 1 aku kenal dengan anis, alhamdulilah sampai sekarang aku masih kawan dengan dia, memang apa-apa jadi kat aku dia manusia tahu dulu, semua rahsia aku ad dalam kocek wey. Haha aku tak nak kenalkan bakal laki aku kat dia, macam bahaya je. huhahaha Lepas tu aku masuk form 6, sebab mulut anis yang pot pet maka tertubuhlah geng slot yang ada enam orang yang sangat keep in touch sampai sekarang, siap ada group whatsapp. haha dalam group tu ada ika. Antara enam tu aku memang betul rapat dengan ika and anis. 

Everything happens antara diorang aku tahu. Diorang ada masalah cari aku, bila tak ada masalah diam je semua. muhahhaha tak lah aku tipu. Aku sangat happy bila kawan-kawan aku ada masalah and she come to me to share everythings, itu maksudnya aku kawan yang baik kan, yang pandai jadi pendengar setia kan. Ya allah muntah hijau karat kuning coklat. Oh sorang lagi kawan baik aku yang baik dan tahu semua pasal aku adalah mak jah, tapi since mak jah dah kahwin, masa untuk bersama-sama, sama ada wassap atau segala macam adalah tersangat terhad.

geng slot, masa ni aku kurus lagi.

Bila sampai kat um ni yang ada dengan aku since dari first year sampai sekarang adalah niesa. Minah ni walaupun kekadang like amende pompuan ni, tapi aku masih nak kawan dengan dia. Muhehehe Setiap masa berwassap like ' ko buat apa wey', 'lapar jom makan pecal', 'wey semalam aku mimpi hantu naik basikal macam tahun 90an tu'. walaupun selalu gaduh jugak, tapi lepas tu gelak. And now kite orang share partners untuk bisnes beauty produk, boleh usha ig kite orang orkeds_shop. Boleh ikutkan 24/7 aku memang dengan dia ni. Entah dia tak jemu tengok aku ke. Selain diorang adalah sembilan orang manusia yang sama course dengan aku yang selalu ada masa susah ke senang ke, tak rapat mana masa first and second year, tapi menjadi sangat rapat masa third year ni. wuuuuu. Sampai satu tahap aku jadi pening sebab aku fikir nanti kahwin bridesmaid aku ramai, sampai nak dekat 20 orang, sampai terfikir ada ke orang lain bridesmaid ramai macam ni. Like amende kau ni, calon pun belum ada kau pikir bridesmaid dah ? 

nisa the cutie pie. errrrrr.

sebahagian dari the 9 bestfriends 

Hidup dekat um buat aku betul-betul kenal yang mana kawan yang mana bukan. Sometimes ada yang rapat tiba-tiba boleh switch perangai jadi macam tak kenal bila dengan orang lain. Tiba-tiba jadi tak kenal aku bila dengan kaum dia, apalah nasib, siapalah aku nak judge manusia lain. Jadinya aku redha je, sebab life to short untuk ada musuh ke apa. Bila diorang baik aku pun baik, bila sampai sawan tetiba tak kenal, aku pun ikut lah jadi tak kenal. Senang tak susah. Muhehehe. Aku suka kenal dengan ramai orang. Mungkin orang cakap buat apa ramai kawan, tapi ada yang tak boleh pakai. Betul lah tu, cuma aku tak kisah mana bila kena yang tak boleh pakai. Kalau dah tahap nyampah sangat kita let it go je sudahlah. hehehe. Dengan blog pun best, aku kenal dengan macam-macam orang since aku blogging tahun 2010 dulu.

Andddd aku nak sangat ada bestfriends partyy macam bawah ni. nanti birthdayy aku buat lahhhhh. !!! ( tak perlu tanda seruan bagai, bebudak ni tak baca pun )




Sebenarnya semua entry-entry ni keluar sebab aku penat buat thesis, dan memikirkan kesedihan atau kegembiraan sebenarnya untuk kuliah yang berbaki lagi satu minggu ni. Kuliah terakhir as degree student. Doakan aku lulus cemerlang okey. Sep sikit.  Sambung taip tesis balik.


Terima Kasih Sudi Baca.


p/s : ingat sabun nurraysa tu tak ? boleh refer entry INI . Sabun tu tengah promosi gila hot, hanya RM26 sekotak dari harga asal RM70. Nanti aku up entry ok. Siapa-siapa yang terliur nak beli whatsapp ya +6017-749503.

Thursday, May 28, 2015

Makanan Sedap di Bandar Kunming

Assalammualaikum. Hai



Semalam aku bosan jadi aku tengok movie kat youtube je pun. Tengok cite Assalammualaikum Beijing. Boleh tahan best lah cerita tu. Si Reva bawang putih tu yang berlakon, hero tak kenal lah aku sape. Dalam cerita tu ada cerita pasal Kunming, pasal patung asshima. Banyak kali lah sebut. Aku geram juga lah, sebab aku tak pergi pun tengok patung asshima tu. Masa pack lah, nak jalan-jalan sangat tu. Sebab cerita tu, lepas tu terus tertengok gambar-gambar masa kat kunming dulu. Tertengok makanan. Dulu aku update pasal kuming tak habis kan. Ha ni aku sambung lah ni. Pfftt sangat.






Yang ni aku panggil cucuk-cucuk. Ada macam-macam jenis. Ada sayur ada macam fish ball, ada mcm bebola daging. Bebola daging tu ya ampun wey sedapnya. Bila gigit macam ada isi lain dalam tu. Dengan pedas-pedas dia. Dia tak goreng macam dekat M'syia punya. Dia bakar, ada rempah-ratus siap. Harga pun ok lah RM1 ke RM2 duit M'syia. 



Kat sini tak ada nasi berlauk ya. Eh ada-ada masa hari last aku pergi kampus baru dia, situ baru jumpa nasi berlauk. Kalau tak pesen nasi macam ni. Lauk letak atas nasi. Yg lauk tu boleh tukar-tukar ada ayam, daging, sayur-sayur, kentang. Sedaplah. Rindunya.



Ini macam tomyam versi cina. Tapi daging, ayam tak ada ya. Sesayur je semua. Kau pilih-pilih sayur lepas tu dia rebus. Memang fresh. Kat sini buah teratai tu senang dapat. Tu yang aku rinduu sangat tu. muhehehe Rangup rasa buah teratai tu. Rasa ni pun sedap. dua hari sekali ke pergi lah makan ni. Seminggu mesti dua, tiga kali makan. 




Ni gula-gula kapas biasa je. Cumanya aku jakun sebab dia boleh pulak buat ada bentuk-bentuk tu. Ada bentuk bunga, love lah, tu beli tu. Rasa dia biasa lah manis je.







Ini kita panggil La Mian dalam bahasa cina, bila melayukan jadi mee tali. Apa yg best kat china ni, semua mee dia homemade. Time kau nak makan tu baru dia buat. Jadi tak ada bahan campuran mana. Rasa pun lemak-lemak gitu. La Mian ni aku tak minat mana. Dia ada ayam dengan daging. Bukan tak sedap cuma tak kena dengan tekak aku. hehe




Kalau jalan tepi-tepi jalan tu banyak jual cucuk-cucuk macam satay tu. Lepas tu jual macam kentang macam atas ni. Ada jagung. Jagung paling menyesal beli. Keras boleh patah gigi aku. Kalau sini nak tahu halal ke tak tengok peniaga dia. Biasa yang islam pakai tudung, pakai kopiah. Kalau tepi-tepi jalan lah. Kalau kedai dia ada sijil halal macam m'syia. Ada yang kata tak takut ke makan yang kat tepi-tepi jalan, tak halal ke. Masa ni yang penting yakin je. Sebab kekadang kita orang jalan-jalan, payah nak jumpa kedai makan halal dekat sesetengah tempat. Jadi alas perut dengan beli yang dekat tepi-tepi jalan ni. Tapi kalau nak heaven pergi perkampungan islam dekat tengah-tengah bandar kunming tu. Semua yang jual dalam tu orang islam. Halal semua. Tapi mahal sikit dari yang area kampus kite orang tu. Tapi suka lah semua boleh makan tanpa ragu. Kat dalam area kampung ni jugak aku nak terbeli tudung yang base dari M'syia. pffft. Fly jejauh beli balik tudung M'syia. 


Ini adalah sesatunya kedai coolblog yang halal area kampus kiteorang. Dia jual air macam puding-puding, puding dia ya allah, terasa kat tekak ni ha sedapnya. Aku rasa dia memang kaya kite orang ada sini. Petang-petang mesti pergi sini beli. Balik makan tengah hari pergi sini beli. Semua yang ada kat kunming aku rindu, kecuali tandas, jalan raya dia, dan certain manusia yang ada kat sini. Yang tu tak rindu. Nanti-nanti ada duit lebih boleh lah pergi lagi tengok patung asshima ke. Honeymooonn ke. muhehehe. Itu sajalah setakat ni. Aku rasa lepas ni kena rajin sikit update blog. ( bukan dari dulu patut rajin ke ?, tapi ko malas jugak maslahny ), sebab kekadang cust aku banyak yg datang dari blog. wuuu lap-lap air mata bila dia kata, sy baca blog akk, sy datang dari blog, aku blogger yang entah apa-apa ni, mestilah lap-lap air mata bila ada orang baca blog sendu aku ni. Terima Kasih lah ya.


Terima Kasih Sudi Baca !

Wednesday, May 27, 2015

Bercuti Ke Sunway Lagoon Resort

Assalammualaikum. Hai


Siapa yang follow ig aku ( @sharifasyahirah ), tahulah dua minggu lepas adalah minggu yang sangat hectic, sampai nak cuci baju pun tak ada masa, nak tengok muka adik patin (roomate) pun tak ada masa. Gituu nak tunjuk aku ni busy. Sebab dah lepas minggu yang busy tu, marilah kita cuti sikit kat sunway lagoon tu. UM dan bandar sunway cuma 30 minit je. Aku masuk dengan tiket murah murah hanya RM60. Nisa yang dapat tiket ni. Aku tak tahu mana dia dapat tiket ni. Disebabkan dalam otak aku cuma nak rehat dan relax, maka tiada satu gambar pun aku ambil ya. Handphone elok terletak dalam locker sunway ni. Sekeping gambar pun tak ada. Jadinya aku ambil gambar google je lah. muhehehe

Aku masuk dah lambat pukul 1 macam tu. Sunway buka pukul 10pg sampai 6ptg je. Jadi aku dah bazir 4 jam kat situ. Nak masuk tak boleh bawa makanan. Tapi kalau kau bijak masukkan je makanan dalam beg baju. Aku rasa kau kena bijak, sebab makanan kat dalam ni mahal nak mamppss. Air mineral sebotol RM4.00, yang fishball cucuk-cucuk tu RM3 sebatang, aiskrim 2 scop RM6.50. Aku tahan je lapar sampai keluar sunway tu. Sebab aku rasa sangat membazir beli makanan mahal-mahal sedangkan kat luar ada yang lagi murah. Lepas tu nanti masa nak mandi takkan kau nak angkut beg je kan. Jadi beli lah locker RM22 saiz sederhana, large aku tak ingat berapa. Aku pergi 6 orang, beli 2 locker cukup. Sumbat je lah. Kalau korang nak beli lebih terpulang ikut mampu lah. Duit korang kan. muhehehe

Aku tak main semua mainan, tak sempat. Aku sempat main beberapa je. Aku banyak main air. Tapi kau kena cukup berani sikit lah kalau nak best main kat sini. Sampai-sampai tu kiteorang terus pergi cari vuvuzela. Ini gelongsor, tapi sumpah ini bukan gelongsor biasa. Rasa nak tercabut jugak jantung aku naik ni. muhehehe. 1 pelampung boleh naik 6 orang. Best kalau semua kawan-kawan kita je. Nak jerit terlolong hu ha hu ha tak malu. Satu yang best, semua aku naik aku jerit-jerit. Sebab kat luar kau nak jerit-jerit apahal nanti orang kata gila. Kadang tak seram mana tapi jerit tu biar over sikit.




Dia yang seram masa, dari corong nak ke gelung besar tu. Aku rasa pelampung terangkat walaupun tak sebenarnya. Aku naik dua kali. First tak rasa takut mana, yang second tu rasa takut. Mungkin sebab aku dah naik benda lain kot.

Lepas tu aku naik yang sampan tu. Wuiii mula-mula aku acah-acah berani. Sekali dah naik. Tak sanggup dah rasa. Aku rasa nak jerit suh dia berhenti turunkan aku. haha boleh cengggitu. Dia pusing 360 darjah okeh. Mau tak kecut kau tu. Nisa dengan sorang kawan aku tak naik. Aku duduk sebelah awen, sumpah aku buka mata kejap je. Yang awen, jerit- jerit suruh aku bukak mata, yang aku jerit-jerit tak nak- tak nak, siap gaduh lagi atas tu. Boleh ? Kalau lagi lama aku bukak mata, lagi kuat aku jerit rasanya. Sebab aku tutup mata jadi rasa takut tu tak over mana. Muehehe ayat cover.

Paling best wayang 5D. Memang real lah. Kerusi pun ikut gerak apa yang ada kat screen, siap dengan air, aku jerit jugak naik ni. Sebab dah pakai cermin mata. Macam aku naik benda alah tu lah. Nak cakap pun susah tapi best gila. Yang ni korang wajib cuba, tak ketar mana lah. Sikit je. 




Kalau nak datang sini datanglah awal sikit ya. Aku tak sempat nak round satu sunway ni. Sempat main-main air je. Tak sempat jalan-jalan tengok binatang. Tapi sebenarnya niat dari rumah memang nak main air pun. 

Itu je lah nak cerita nye ha. Jumpa nanti lagi.


Terima Kasih Baca ! 



Thursday, May 7, 2015

Dunia Salah ke Manusia Salah ?

Assalammualaikum and Hai.


Lama tak menaip entry berat. Selalunya cerita pasal makan, jalan, cantik-cantik, makeup-makeup. Bukan tak ambil peduli, penipu zaman sekarang kita tak tahu apa-apa. Semua hujung jari. Klik-klik barang sampai rumah, klik-klik dapat berita tu berita ini. Cuma awas ya adik-adik berita tu belum tentu 20% sahih ditulis. 


Apa kau rasa bila tengok ni ? Marah ? Nak marah dekat siapa. Sampai sekrang aku tak boleh tengok ni, kesiann sangat. Rumors macam-macam. Yang sahih Allah je lah tahu kan. Kadang terfikir kenapa dengan manusia sekarang ? Kejam sangat kenapa ? Tu belum cerita student Malaysia kat UK, kenapa. Sadis lagi agama diorang apa ? Jawab sendiri lah ya. Betul orang kata dunia memang dah sampai betul-betul akhir zaman. Manusia pun jadi biul. mihahaha.

Aku ni langsunggg bukan orang alim. Solat pun akhir waktu, subuh selalu culas, akhir waktu baru subuh. Tapi aku percaya lah, selagi kita ingat Allah dekat mana-mana pun, kita fikir tau banyak kali nak buat benda bukan-bukan. Kita bukan budak-budak. Patut fikirkan apa akibat kita buat. Alasan manusia sering buat silap, tu kekadang lapuk sangat. Ni bukan first time, ingat dului yang 5 beradik jadi yatim piatu tu. Sebab excident jugak. Lagi-lagi kat Kl ni, manusia bawak kereta memang macam..... aku tak tahu kau nak kejar apa sebenarnya ?



Untuk adik dua ni, akak nak suruh awak dua sabar pun tak sampai hati. Awak dua terlalu kecil sayang nak hadap semua ni. Cuma akak pesan belajarlah kenal tuhan sedalamnya insyaallah everything ok. Sebab semua dalam tangan dia. Akak nak cakap bertabahlah pun tak sanggup, sebab awak tahu apa. Akak yang 23 tahun ni, masih tersangat manja dengan mak abah. Lagikan awak ? If one day, akak dapat jumpa awak, i will said tahniah ! allah pilih awak, sebab allah betul-betul sayang awak. akak sendiri tak dapat ujian hebat macam ni. Good Luck sayang :'(


Monday, May 4, 2015

Makan di Chili's Grill and Bar Restaurant

Assalammualaikum. hai.


Chili's Grill and Bar Restaurant | Update blog je cerita pasal makan kan. Haa tanya lah perempuan ni berapa berat dia. Berapa biji kuih pau dah simpan kat mulut. Tu pun belum insapp lagi. muhehehe. Hari tu pergi chow kit cari skin care. Abang tu suggest makan ubat kurus, aku dengan nisa pun beli sebotol nak share makan dua orang. Aku tak start makan lagi. Aku bab ubat kurus memang seram sikit. Takut kemain. Aku rasa nak kurus natural je. Sebab berat aku bukan lah naik puluh kilo pun. Ada lah naik sikit dari berat asal dulu. Aku tahu aku boleh kurus, tapi masalahnya malas. tu je. 

Makan dekat Chili's ni, Nisa lah yang mengidam sangat sejak awal tahun lagi. Jadi aku dengan awen pergi lah teman makan. Kiteorang makan dekat branch KLCC tu. Tempat ni memang taste orang kayo-kayo je. Aku yang selalu taste mamak je ni kekadang mampu la, selalu maka harus kuat lagi promo Miracle dengan Vitamin ya. hehe


Maaflah gambar semua tak clear. Restorant tu romantik sangat. Lampu dia alahai. 



Cam ni ha lampu dia, soo soo romantik. Makan dapat view tepi tasik KLCC tengok air panjut. Feeling apa uolss ? Feeling mak datin sangattt. haha. Disebabkan nama restaurant pun grill maka makanan dia kebanyakannya grill lah. Aku order lamb chop grill apa pun tak tahu nama panjang kemain. Harga sepinggan dalam 35++ semua harga memang 30++ ke atas. Ada yang rm20++ tapi dessert. Memang pejamm mata je masa bayar tu. Takpelah sekali sekala boleh. Merasa je. 



Ini dia makanan saya. Cuma agak terkilan sebab pilih lamb, aku tak bape lamb ni. Chicken chicken laju lah. Lamb dia liat jugak, tapi so so. Kentang putar tu sedapppp sangatt. Sayur tu biasa rebus je. Tapi yang best servis kat sini. Tip top gituu. Air kau boleh refill 40 kali pun tak pe, percuma. Aku masa tu 2 kali je refill< lepas tu dia datang lagi tanya.. ahh tak larat lah kenyang air je. 



Introduce to you, gambar kabur bersama pipi pau. Pasal servis tak di kan, masa aku ni pekerja yang layan aku tu nama dia Phone, bukan Malaysia, Philipines aku rasa. Rasa je lah. Kiteorang bagi duit tips RM3 duit baki tu, selok dia gelak. Masa nak bagi resit tu, dia cakap ada contest boleh join, dia explain macam ni "my name is phone, this is your resit, u can join this, and call this phone, u can tell phone (sebut nama dia) introduce to you this contest, lepas tu aku tak dengar dah, selok aku gelak, dah lah nama dia Phone, dia sebut sila phone, dan phone, my name phone. Phone ngapenye kau tak cakap call je kan mudah, nak jugak kelirukan aku sebut nama kau sebut phone (telefon). haha kaorang faham ? haha lantoklah. Itu je kot buat acah-acah update blog katanyeee.

Terima Kasih Sudi Baca !

Thursday, April 16, 2015

Makan-Makan

Assalammualaikum. Haluuu.

Susahnya nak curi masa sendiri update blog sendiri. Busyynye ntah apa-apa dibuatnye. Tapi makanye tak pernah lupa. Aku risau tengok berat badan sendiri. Insapnye nak kurus sekejap je. Lepas tu. ohhh i cannot lah. Maka dengan itu aku nak ajak korang gemuk sekali boleh. hahaha maaflah lah kalau buat korang tertelan-telan air liur tu. ;p










Eh jangan lupa makan tu boleh campur dengan miracle collagen dust tu. Sempat je kan nak promote. Tak pe lah no promosi, no buyers, no money. haa gitchuu. Roti tisu tu dekat restoran kayu mid valley, mahai nasib baik kakak tu yg ajak dia belanja lah aku. Char kuew tiow tu dekat stesen lrt universiti. ni tekak aku. sedap lepas tu murah. Mee sizzling tu dekat mid valley foodcourt yang bawah tu. boleh tahan sedap. Abc tu bolehlah dekat foodcourt klcc, tu pun share dengan nisa, hurmm rasa dia soy-soy je. Sedap lagi dekat bustand bp tu sedap. Yang last tu makan yee mee. Bolehlah sedap tak sedap. Pandai kan ngomen suka hati. Orang kata tak baik kondem makanan seolah-olah tak bersyukur, tapi kita kann. ok lah chuolls. 

Terima Kasih baca !

Tuesday, March 24, 2015

Review | Cinderella

Assalammualaikum and hai.


Lamaaaaaanyaaa tak update blog ! Blog pun sendu tak ada orang datang. Kesian. Sekarang kerja part time, selasa, rabu je free. Nak GST kan. hurmm hurmm hurmm. Sebelum gst datang, dan sebab dah lama saaangaat tak tengok wayang hari tu aku, nisa, awen pergi tengok cinderella. Tak payah cerita sinopsis sebab semua orang pun tahu. kann. 



Cinderella tu tak lah lawa sangat, tapi manis. muehehe budak-budak sukalah tengok. Cumanya ending dia ada babak cium, memang tersangat tak sesuai dengan budak-budak. Lepas tu scene pegang-pegang tangan, pun aku rasa tak sesuai untuk budak-budak. Kena ajar budak-budak cinderella fairy tale story, takutnyaa dia berangan kan dia besar ada orang datang minang dia macam tu. Eh sebenarnya bukan budak yang kakak budak pun dok berangan ada putera raja datang meminang. omnomnom.

Kalau ada masa free pergilah tengok cinderella. Eh bukan masa duit kot, haha. Yelah cerita dia sama je sejak dulu dan selamanya. Aku je yang excited nak tengok hari tu. Lepas tengok macam alaaaa baik tengok cerita lain. haha. Ok  lah boleh buat syarat updateee blog sendu ni. Selamat tengok korang. Bye.

Terima Kasih Sudi Baca! 

Wednesday, February 25, 2015

Restoran My BBQ Place Batu Pahat

Assalammualaikum and Hai.


My BBQ Place Batu Pahat | orang-orang batu pahat mai dekat aku nak bagi tahu tempat yang korang boleh habiskan duit sambil tambah lah sikit lemak yang ada tu. tehee. My BBQ Place dekat batu pahat. Dah nama bbq place takkan serve mee goreng mamak pulak ? haha sehari before balik KL tu hari sempat lah jalan-jalan dengan geng slot (jgn tanya knp geng slot, rahsiaa kiteorg semua, korang tak boleh tahu ). Cuti selama sebulan lebih, kalau tak keluar dengan geng slot dianggap derhaka ( gurau je nanti viral pulak ), maka spend time lah sehari untuk diorang ini. Alhamdulilah aku nak bagi tahu satu duniaaa yang Allah baikk sangat dengan aku. Selain ada makpak yang sayang aku sangat, aku juga ada ramaaaiii kawan, yang alhamdulilah susah senang sesama, geng slot ini kawan sekolah dedulu. Erm kawan UM pun i sayang, nanti terbaca sedih pulak tak bagi tahu aku sayang. hahaha


Wefie sikit dalam kereta anis. Sekarang ke mana-mana anis jadi driver. Dia kata macam bas kilang ambil pekerja. Kojaqq anis. haha. Pergi berlima, anis, bell, ika, azi, aku. Azi dia drive sendiri, tak ada pekerja kilang nak tumpang dia. Cat, noi, mak jah cannot go, busy. Tak pe lain kali ya. 





Boleh tahan lah, gambar atas semua credit page My BBQ Place. Seafood macam-macam ada. Dari ayam blackpaper, ayam kunyit, biasa semua ada. Mee pun ada macam-macam mee dia. Tu sos pun ada macam-macam. Nanti harga kita cerita kat bawah tau. Aku makan sampai terdampar di tepi sungai. gituuu. masa kite orang pergi tak ramai orang. tempat ada aircond, bersih. Bawah baby pun selesa. Aku cakap jujur, dia tak bayar aku pun suh update blog ni. hehe


Nak makan pun wefie dulu. Tak paham aku budak sekarang ni. (cakap dengan diri sendiri). 


Aku tutup mulut bukan sebab kan ambil gambar ni pakai monopod sebab konon nak semua ada, lepas tu letak timer 10 saat, nak sampai 10 saat semua lenguh lepas tu nak gelak, aku cover gelak lah tu. Last-last muka aku je yang tak lawa, dierang senyum cun je. podahh.


Ni mangkuk aku untuk first round. First round ya. Ada sepuloh kali round lepas tu.







untuk bakar-bakar tu pun kitorng repeat entah berapa kali pun aku tak tahu. Ada aiskrim, cuma aiskrim masa tu ada 3 flavour je. Yang lain habis kot. Nasi pun ada, orang malaysia, bbq pun nak kena ada nasi. Air standard lah, coke, mango, oren, sarsi, apa lagi aku pun tak ingat. Bebola tu pun macam-macam ada. Pokoknya datang sini jangan perut kenyang. Kalau kenyang rugi. Aku dari pagi memang tak makan. Makan sini je, sebab tu makan sampai kenyang. Kalau orang bp mesti tahu satu lagi tempat polkadot tu, polkadot murah sikit, tapi kalau bawak baby ke tak selesa sangat. Sini selesa. Polkadot pun banyak jugak dia punya pilihan tu.


Kalau boleh nak hirup je mangkuk tu, tapi nanti geng slot gelak ke aku. Payah. haha untuk kuah ada dua perisa, tomyam dengan sup. Kiteorng ambik tomyam. 



Kenapa muka azi,ika,znis cantik shining, sebab diorang duduk menghadap matahari, bawah lampu tu shining. Aku and bell duduk membelakang matahari, tu ja gelap. Hurmm dah gelap tak mengaku. Aku lah bukan kau bell. hehehe


Nak balik pun wefie lagi ? hurmmm. Kalau korang tanya antara polkadot dengan sini aku tak boleh pilih. Dedua pun sedap. Cuma sini mahal sikit, tapi tempat selesa. Untuk harga hari RM28++, hari tu kitorang kena sorang RM31 tak silap lah, dah lupa. Sebab siap charge servis sekali. Untuk kekanak harga lain rasanya. Kat bawah aku bagi alamat siap no telefon lagi. Apa-apa sila call sendiri.  eh dekat kluang pun ada outlet dia, makanya orang belah kluang sana pun boleh pergi. Nanti aku bagi alamat siap-siap.

MY BBQ PLACE

KLUANG

Lot No. LG-08 Lower Ground Floor, Kluang Mall, Jalan Rambutan, Bandar Kluang, 86000 Kluang Johor.

No Tel : 07-7722988

BATU PAHAT
No. 8 Jalan Perniagaan Ceria 1, Pusat Perniagaan Ceria, 83000 Batu Pahat Johor ( depan sikit dari BP Mall )
No Tel : 018-6370988 | 016-9012305

Terima Kasih Sudi Baca !

Iklan :

Miracle Collagen Dust Sangat Hot Item Sekarang. Laju je habis, maka siapa nak order mohon cepat tau.

1 botol RM25 ( tak masuk postage )
4 botol rm100 ( free poss )

beli 2 botol ke atas boleh pilih gift tau.

order whatsapp +6017-7492503


Instagram : @sharifasyahirah
Facebook : sharifah syahirah II

Sunday, February 15, 2015

Instagram @sharifasyahirah

Assalammualikum. Hai

kahkahkah gelak dekat diri sendiri. Orang lain sejak 5 tahun lepas dah ada Instagram. Engko baru nak buat. kahkahkahkah gelakk lagi. Kesian. Sesiapa yang ada Instagram boleh lah kita main follow-follow. Akak bukan macam budak h** u follow i follow back. Umur akak dah 23 tahun dik, dah tak sesuai. Tapi akak follow siapa yang nak jadi kawan akak je. Sebab dah umur cenggini ukhuwah tu lagi best kot. Akak memang ramai kawan, walaupun kawan touch n go je hahaha. 


aku update segalanya. Bisnes, lifestyle semua update sini. Eh aku ada barangg baikkk tapi harga baloi-baloi nak tunjuk korang. Nanti aku update. Nak tahu dulu pergi tengok insta ea. Entry kunming ada bape part lagi tak hupdate. Mohon kau azan sebelah telinga aku ni. kahkah Follow lah instagram iteeww itueww. Aku baru follow itu gadis zyrarox. Engko cantik rupanya, patut engko tak publish gambar kat blog. hehe  nanti tinggalkan id insta korang. aku usha baikk punyaa. kahkahkah

bye korang.

Terima Kasih Sudi Baca

Thursday, February 5, 2015

Kunming, China - Bandar Kunming

Assalammulaikum, hai.


Nah ini sambungan entry Kunming. mana-mana yang tak baca lagi part I boleh baca kat sini ya Kunming, China - Departure and Arrival kalau boleh nak cecepat habiskan entry Kunming ni. Minggu lepas lagi nak habiskan, tapi banyak gambar aku transfer dekat lappy bapak aku, makanya lappy tu pergi servis, jadi tergendala. Laju kau lepas servis terus semangat pinjam laptop abah nak hupdate blog. Muehehe. Ini hari kita cerita bandar Kunming ya. Apa yang best, apa yang tak. Pada aku bandar Kunming lebih kurang sama je dengan KL, sesak serabut, selirat semua. haha Dari uni aku tu nak ke bandar tak jauh adalah 15 minit naik bas no 10. 

Tambang bas murah 2yuen untuk bas ada aircond and 1yuen untuk yang tak ada aircond. 1yuen sama dengan 0.50sen. Murah. Walau tak ada aircond jangan kau takut ya, sebab tak ada bau. Cuma kalau naik bas kat sini seram, eh bukan bas je motosikal, basikal, kereta semua seram. Diorang bawak gila kau tahu. Lampu isyara pun aku pening. sampai aku nak balik M'syia pun masih tak paham lagi. kau bayangkan kalau m'syia lampu merah, pejalan kaki hijau maka kau boleh lintas dengan selamat. Tapi kat sana tak ya, engko lampu pejalan kaki hijau, lepas tu lampu isyarat ada merah dengan hijau. Maka engko lintas sambil elak-elak kereta. mampu ? aku pun berlari-lari nak cecepat lintas, kalau nak let it go biar dekat m'syia ya. hahaha konghajo sangat. Kau tak paham aku cerita ? haha tak pe lah susah nak explain. Kau tengok mukadimah dah panjang macam ni. Aku listkan lah tempat-tempat best dekat area bandar, biar senang. Nanti korang kalau ada nak ke sini, ada idea.

- Perkampungan Islam.
Perkampungan islam wajib pergi kalau ke bandar Kunming. Dekat sini semua dijamin halal. Ada satu kedai M'syia jual pakaian dari M'syia, tapi owner yang jaga bukan orang M'syia. Tudung kat sini ada yang dari m'syia. Ada kawan aku tu, nak beli tudung, last aku belek-belek ada tulisan Melayu, made in malaysia. Apakah sangat engko ni, dari Malaysia nak beli tudung Malaysia. Nak kata ke kau beli tudung tu dari China ? hahahaha terus letak, tak jadi beli. Makanan dekat sini pun halal. Selalunya kiteorang keluar masa hari Jumaat, sebab budak lelaki solat jumaat kat sini. Ada masjid, unik masjid dia.

masjid

waktu malam


Kat sini banyak jual makanan yang macam ni. Yang atas ni kat masjid. Mahal sikit. Ada yang lagi murah nanti aku bagi tahu kat mana.

- Kampung Kraf
Aku tak tahu nama china dia apa. Aku sesuka hati letak nama sebab sini banyak jual barang kraf. haha ! Harga kat sini mura lagi dari lousiwan. Nanti lain entry aku bagi tahu Lousiwan tu apa. Tunggu tau. Aku suggest barang kraf beli sini je. Murah. Ahndmade lagi. Ada yang 10yuen, ada 5 yuen bag aku beli untuk souvenier. 




Kalau ke sini kau cari auntie ni. baik sangat. haha memula aku tak borong sini, aku nasihat kalau ke sini masuk habis-habis tanya harga. Ada jual murah ada mahal. Auntie ni baik dia tu beli 10 purse free 1, purse dia pun murah 10yuen. Lepas tu aku terus agkut anak-anak lelain mai sini, sampai auntie ni kenal dah. aku mintak komisen bawak kawan dia buat derk je. mihaha

Memborong aku. syorga sangat aku. mata ke atas terus sebab murah. Ni baru separuh ya. Siap aku buat list nak bagi siapa. Balik terus mak aku memilih. Dia pun juling nak semua kalau boleh haha!

 Kau nampak yang macam tasbih tu. Tahu tak rupa dia mula-mula buruk sangat menggerutu. Syarat dia kau nak beli kau kena gosok dengan kertas pasir baru licin, masalahnya bukan penjual yang gosok. kau gosok sendiri. Maka reramai lah orang china ni dengan kerusi duduk tepi kiosk menggosok. Laku pulak tu aku tengok. Ada azimat ke hapa.


-Pasar Malam
Ni pun best , sebab kalau pasar M'syia ada bumbung, sini tak ada. Peniaga tak naik kereta/van. Ada tapi 1 dua. Naik motor je. Modal kain dengan barang nak jual. Bentang kain tu letak barang kau. Gitu je pasar malam dia senang tak payah lipat payung. haha! Sini awas ye penyeluk saku banyak. Jaga duit/passport bebaik


Sini banyak jual payung, kualiti dia ok sangat. Aku nyesal beli 1 je ritu. Nak beli 10. haha! Tips membeli kat sini. Kalau kau nak beli tawar2 tak dapat kau belakon sikit haha! contoh kau nak beli bag harga asal 70yuen, kau nak harga 50yuen mintak2 tak dapat. Kau pura-pura nak pergi, nanti kau tengok dia panggil kau balik bagi harga tu. tapi awas kau jangan tawa2 bila dah bagi tak beli. Tak balik M'syia tak tahu ea. hahaha tapi aku ada kengkawan yang memang dari china, jadi mudah sikit. 

Kat bandar ni pun banyak kedai-kedai yang proper sikit. Sepanjang jalan kedai, mall kau boleh je masuk nak tengok. Tapi mall mahal sikit dari luar. Lagi satu aku suka pergi dekat kedai belakang2 tu, ada jual kraf jugak.


Yang ni dekat kedai belakang2 tu lah. Cantik tempat dia. Banyak bangunan lama. Auntie u kenapa tengok i itu macam, u ingat u hot ke ? Auntie u tahu i lagi hot lahh. setakat pakai legging, i dalam bilik short pants je. hahahaha sengal. I lagi pioa liang lah auntie.

Terima kasih Mardhiah selalu teman ittew jenjalan. 

Ada 1 hari tu kiteorang jumpa dengan orang malaysia, outstation sini. engko tahu duduk oversea jumpa orang M'syia best rupanya. haha akak tu mintak email gambar, tapi masa balik email dia hilang haru sangat. Maaf kak. Kalau akk baca, akk ambik je gambar saya he. 


Nah 2, 3 keping lagi gambar bandar Kunming.

 Engko pergi belajar ke shopping ? 


 Mercu tanda ni banyak je ada kat sini

 I jatuh cinta dengan u tau, tetiap minggu nak tengok u. muhahaha



Aku pergi berkali-kali bandar ni. Biasanya balik membawa sesuatu lah. haha tak pernah tangan kosong. Aku tak letak watermark dekat gambar. Sebabnya aku malas. Alasan kauu. Makanya kalau nak ambil aku izinkan, nak kredit dekat aku pun boleh, tak kredit pun tak pe. Tapi guna gambar untuk tujuan bebaik je ea. Jangan salah guna. Awas kalau aku tahu. hahaha takut sangat. Baiklah dah pa pukul 12.37 tengah malam dah. Eh kira pagi kan. Nak tido. Zao Shang Hao (selamat pagi, pukul 12 pagi kea. )

Terima kasih Sudi Baca !