Monday, May 4, 2015

Makan di Chili's Grill and Bar Restaurant

Assalammualaikum. hai.


Chili's Grill and Bar Restaurant | Update blog je cerita pasal makan kan. Haa tanya lah perempuan ni berapa berat dia. Berapa biji kuih pau dah simpan kat mulut. Tu pun belum insapp lagi. muhehehe. Hari tu pergi chow kit cari skin care. Abang tu suggest makan ubat kurus, aku dengan nisa pun beli sebotol nak share makan dua orang. Aku tak start makan lagi. Aku bab ubat kurus memang seram sikit. Takut kemain. Aku rasa nak kurus natural je. Sebab berat aku bukan lah naik puluh kilo pun. Ada lah naik sikit dari berat asal dulu. Aku tahu aku boleh kurus, tapi masalahnya malas. tu je. 

Makan dekat Chili's ni, Nisa lah yang mengidam sangat sejak awal tahun lagi. Jadi aku dengan awen pergi lah teman makan. Kiteorang makan dekat branch KLCC tu. Tempat ni memang taste orang kayo-kayo je. Aku yang selalu taste mamak je ni kekadang mampu la, selalu maka harus kuat lagi promo Miracle dengan Vitamin ya. hehe


Maaflah gambar semua tak clear. Restorant tu romantik sangat. Lampu dia alahai. 



Cam ni ha lampu dia, soo soo romantik. Makan dapat view tepi tasik KLCC tengok air panjut. Feeling apa uolss ? Feeling mak datin sangattt. haha. Disebabkan nama restaurant pun grill maka makanan dia kebanyakannya grill lah. Aku order lamb chop grill apa pun tak tahu nama panjang kemain. Harga sepinggan dalam 35++ semua harga memang 30++ ke atas. Ada yang rm20++ tapi dessert. Memang pejamm mata je masa bayar tu. Takpelah sekali sekala boleh. Merasa je. 



Ini dia makanan saya. Cuma agak terkilan sebab pilih lamb, aku tak bape lamb ni. Chicken chicken laju lah. Lamb dia liat jugak, tapi so so. Kentang putar tu sedapppp sangatt. Sayur tu biasa rebus je. Tapi yang best servis kat sini. Tip top gituu. Air kau boleh refill 40 kali pun tak pe, percuma. Aku masa tu 2 kali je refill< lepas tu dia datang lagi tanya.. ahh tak larat lah kenyang air je. 



Introduce to you, gambar kabur bersama pipi pau. Pasal servis tak di kan, masa aku ni pekerja yang layan aku tu nama dia Phone, bukan Malaysia, Philipines aku rasa. Rasa je lah. Kiteorang bagi duit tips RM3 duit baki tu, selok dia gelak. Masa nak bagi resit tu, dia cakap ada contest boleh join, dia explain macam ni "my name is phone, this is your resit, u can join this, and call this phone, u can tell phone (sebut nama dia) introduce to you this contest, lepas tu aku tak dengar dah, selok aku gelak, dah lah nama dia Phone, dia sebut sila phone, dan phone, my name phone. Phone ngapenye kau tak cakap call je kan mudah, nak jugak kelirukan aku sebut nama kau sebut phone (telefon). haha kaorang faham ? haha lantoklah. Itu je kot buat acah-acah update blog katanyeee.

Terima Kasih Sudi Baca !

Thursday, April 16, 2015

Makan-Makan

Assalammualaikum. Haluuu.

Susahnya nak curi masa sendiri update blog sendiri. Busyynye ntah apa-apa dibuatnye. Tapi makanye tak pernah lupa. Aku risau tengok berat badan sendiri. Insapnye nak kurus sekejap je. Lepas tu. ohhh i cannot lah. Maka dengan itu aku nak ajak korang gemuk sekali boleh. hahaha maaflah lah kalau buat korang tertelan-telan air liur tu. ;p










Eh jangan lupa makan tu boleh campur dengan miracle collagen dust tu. Sempat je kan nak promote. Tak pe lah no promosi, no buyers, no money. haa gitchuu. Roti tisu tu dekat restoran kayu mid valley, mahai nasib baik kakak tu yg ajak dia belanja lah aku. Char kuew tiow tu dekat stesen lrt universiti. ni tekak aku. sedap lepas tu murah. Mee sizzling tu dekat mid valley foodcourt yang bawah tu. boleh tahan sedap. Abc tu bolehlah dekat foodcourt klcc, tu pun share dengan nisa, hurmm rasa dia soy-soy je. Sedap lagi dekat bustand bp tu sedap. Yang last tu makan yee mee. Bolehlah sedap tak sedap. Pandai kan ngomen suka hati. Orang kata tak baik kondem makanan seolah-olah tak bersyukur, tapi kita kann. ok lah chuolls. 

Terima Kasih baca !