Wednesday, February 25, 2015

Restoran My BBQ Place Batu Pahat

Assalammualaikum and Hai.


My BBQ Place Batu Pahat | orang-orang batu pahat mai dekat aku nak bagi tahu tempat yang korang boleh habiskan duit sambil tambah lah sikit lemak yang ada tu. tehee. My BBQ Place dekat batu pahat. Dah nama bbq place takkan serve mee goreng mamak pulak ? haha sehari before balik KL tu hari sempat lah jalan-jalan dengan geng slot (jgn tanya knp geng slot, rahsiaa kiteorg semua, korang tak boleh tahu ). Cuti selama sebulan lebih, kalau tak keluar dengan geng slot dianggap derhaka ( gurau je nanti viral pulak ), maka spend time lah sehari untuk diorang ini. Alhamdulilah aku nak bagi tahu satu duniaaa yang Allah baikk sangat dengan aku. Selain ada makpak yang sayang aku sangat, aku juga ada ramaaaiii kawan, yang alhamdulilah susah senang sesama, geng slot ini kawan sekolah dedulu. Erm kawan UM pun i sayang, nanti terbaca sedih pulak tak bagi tahu aku sayang. hahaha


Wefie sikit dalam kereta anis. Sekarang ke mana-mana anis jadi driver. Dia kata macam bas kilang ambil pekerja. Kojaqq anis. haha. Pergi berlima, anis, bell, ika, azi, aku. Azi dia drive sendiri, tak ada pekerja kilang nak tumpang dia. Cat, noi, mak jah cannot go, busy. Tak pe lain kali ya. 





Boleh tahan lah, gambar atas semua credit page My BBQ Place. Seafood macam-macam ada. Dari ayam blackpaper, ayam kunyit, biasa semua ada. Mee pun ada macam-macam mee dia. Tu sos pun ada macam-macam. Nanti harga kita cerita kat bawah tau. Aku makan sampai terdampar di tepi sungai. gituuu. masa kite orang pergi tak ramai orang. tempat ada aircond, bersih. Bawah baby pun selesa. Aku cakap jujur, dia tak bayar aku pun suh update blog ni. hehe


Nak makan pun wefie dulu. Tak paham aku budak sekarang ni. (cakap dengan diri sendiri). 


Aku tutup mulut bukan sebab kan ambil gambar ni pakai monopod sebab konon nak semua ada, lepas tu letak timer 10 saat, nak sampai 10 saat semua lenguh lepas tu nak gelak, aku cover gelak lah tu. Last-last muka aku je yang tak lawa, dierang senyum cun je. podahh.


Ni mangkuk aku untuk first round. First round ya. Ada sepuloh kali round lepas tu.







untuk bakar-bakar tu pun kitorng repeat entah berapa kali pun aku tak tahu. Ada aiskrim, cuma aiskrim masa tu ada 3 flavour je. Yang lain habis kot. Nasi pun ada, orang malaysia, bbq pun nak kena ada nasi. Air standard lah, coke, mango, oren, sarsi, apa lagi aku pun tak ingat. Bebola tu pun macam-macam ada. Pokoknya datang sini jangan perut kenyang. Kalau kenyang rugi. Aku dari pagi memang tak makan. Makan sini je, sebab tu makan sampai kenyang. Kalau orang bp mesti tahu satu lagi tempat polkadot tu, polkadot murah sikit, tapi kalau bawak baby ke tak selesa sangat. Sini selesa. Polkadot pun banyak jugak dia punya pilihan tu.


Kalau boleh nak hirup je mangkuk tu, tapi nanti geng slot gelak ke aku. Payah. haha untuk kuah ada dua perisa, tomyam dengan sup. Kiteorng ambik tomyam. 



Kenapa muka azi,ika,znis cantik shining, sebab diorang duduk menghadap matahari, bawah lampu tu shining. Aku and bell duduk membelakang matahari, tu ja gelap. Hurmm dah gelap tak mengaku. Aku lah bukan kau bell. hehehe


Nak balik pun wefie lagi ? hurmmm. Kalau korang tanya antara polkadot dengan sini aku tak boleh pilih. Dedua pun sedap. Cuma sini mahal sikit, tapi tempat selesa. Untuk harga hari RM28++, hari tu kitorang kena sorang RM31 tak silap lah, dah lupa. Sebab siap charge servis sekali. Untuk kekanak harga lain rasanya. Kat bawah aku bagi alamat siap no telefon lagi. Apa-apa sila call sendiri.  eh dekat kluang pun ada outlet dia, makanya orang belah kluang sana pun boleh pergi. Nanti aku bagi alamat siap-siap.

MY BBQ PLACE

KLUANG

Lot No. LG-08 Lower Ground Floor, Kluang Mall, Jalan Rambutan, Bandar Kluang, 86000 Kluang Johor.

No Tel : 07-7722988

BATU PAHAT
No. 8 Jalan Perniagaan Ceria 1, Pusat Perniagaan Ceria, 83000 Batu Pahat Johor ( depan sikit dari BP Mall )
No Tel : 018-6370988 | 016-9012305

Terima Kasih Sudi Baca !

Iklan :

Miracle Collagen Dust Sangat Hot Item Sekarang. Laju je habis, maka siapa nak order mohon cepat tau.

1 botol RM25 ( tak masuk postage )
4 botol rm100 ( free poss )

beli 2 botol ke atas boleh pilih gift tau.

order whatsapp +6017-7492503


Instagram : @sharifasyahirah
Facebook : sharifah syahirah II

6 comments:

  1. jauh nya sampai batu pahat.. tapi kalo harga 31 kira okei lah.. not so expensive

    ReplyDelete
  2. tinggal bp pun tak sampai lagi tau dik.Nih dekat taman baru buka tue ker?dekat dengan shell kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. berhadapan dengan just hotel je 2..

      Delete
  3. Antara senarai makan-makan kat batu Pahat ialah Mee Racun ( Poison Mee ) . Pastikan jangan lupa menu ni kalau ke BP yer!

    ReplyDelete