Monday, January 19, 2015

5 Tempat Menarik Wajib Pergi di Kuala Lumpur

Assalammualaikum dan Hai.


5 Tempat Menarik Wajib Pergi di Kuala Lumpur | Taip padam, taip padam. Tak tahu nak blog benda. Tiba-tiba rindu dak nisa nun KL tuh, terus dapat idea nak buat entri apa. Alhamdulilah tahun ni, tahun ke 3 aku duduk KL. Not bad lah KL. Bandar besar walaupun kekadang iolss serabut banyak kereta tapi kena bersyukur jugak sebab kemudahan tip topss, nak keluar transport tak ada, lrt, monorail ada. Heaven lah. . Kalau ikutkan aku dari kecik memang familiar dengan KL, banyak sedara mara sini. Lepas tu berangann sangat esok nak kerja sini, nak study sini. Tup tup Allah makbulkan dapat study sini. Alhamdulilah. Kalau korang jarang ke KL tak tahu mana nak pergi meh i guide uolss. Tapi kalau budak-budak sekolah ada tempat sesuai, ada tempat tak. haha ! 

1. Jalan Tar.
Jalan Tar atau Jalan Tuanku Abdul Rahman, atau disebut juga Masjid Jamek. Choii ayat buku sangat citpodah.  Nak shopping tudung, pakaian lelaki perempuan kekanak-kanak, nenek-nenek sini lah tempat dia. Syorga sangat. Kalau nak baju pakai sendiri cantik-cantik, harga memang murah pergi Muaz Textile. Ada 3 ke 4 cawangan dia kat Jalan Tar ni. Dekat Jalan Tar juga ada shopping mall macam Sogo, Maju Junction, ada satu baru bukak aku lupa benda.  Macam mana nak pergi sini ? Kalau dari arah Kelana Jaya, atau Gombak sila turun di LRT Masjid Jamek, kalau naik STAR, LRT yang biasa dari arah, Sri Petaling, Ampang atau Sentul Timur, pun sila turun di Masjid Jamek. 

sumber : Google



2. Berjaya Times Square
Times Square ni dia gabungan hotel dan shopping mall, selain ada indoor theme park tu, sini pun best kalau nak shopping. Harga barangan murah-murah dan mampu milik. Aku lagi suka shopping sini, harga dia lagi murah dari Jalan Tar. Jalan Tar nak borong baju bolehlah, sini borong mahal sikit. Cara nak ke sini guna public transport sila naik monorail turun stesen Imbi. Kalau naik bas ke, naik kereta maaf ya iolls tak tahu. Naik kereta waze kan aja lah. 
Sumber : Google



3. Bukit Ampang
Actually aku rasa ada nama lain bukit ni. Aku letak bukit ampang sebab dia dekat ngan Ampang. Huaha suka hati aku je. Tempat ni heaven donia. KL sangat cantik dari atas ni. Sangat. Tempat dekat pinggir bandar KL tuh. Dekat dengan Ampang. No public transport kecuali teksi. Tapi awas, tempat ni atas bukit kekadang sunyi, jangan pergi dengan pemandu teksi berdua je kalau awak tourist tau. Memalam tempat ni meriah sikit sebab ada orang buka gerai area tepi-tepi jalan tu. Tapi aku tak pernah pergi sini malam. Siang je selalu. Tak best. Awen, ngan Nisa tak nak bawak. hahahaha mati lah kau kalau diorang baca.

sumber: google




4.  Dataran Merdeka.
Sini masa paling best pergi malam hujung minggu. Best lepak sini. Bangunan yang depan dataran merdeka tu cantik waktu malam. Bolehlah. Kalau hujung minggu jalan depan dataran merdeka ni dia tutup, so korang boleh ambil gambar berlatar belakangkan bangunan Sultan Abdul Samad tu tanpa gangguan. 

Sumber: google


5. Kampung Baru
Alaaa laparr. Ingat kampung baru terus lapar. I bet u kampungg baru ni syorga makanann sangat. Siang malam makanan memang heaven tahap citpodah kat sini. Nak lauk kampung ? Nak makan bubur macam-macam perisa, kuih kampung, nak western, nak makanan turki, arab semua sini. Semua ada. Memang aku lapar je kalau pergi sini. hewhew. Nasi Lemak Antarabangsa jilat jari. Ahh lapar lah.



Ni 5 je aku senarai. Sebab kan aku pemalass sangat. Tak di aku list 10 tapi mampu taip 5 je. haha ! KLCC waktu malam pun cantik. Kalau nak shopping lagi tu Bukit Bintang, ada banyak mall situ, Pavillion, Sungai Wang. Dekat bangsar ada Mid Valley, dekat area Wangsa Maju ada Wangsa Walk Mall, ada uptown. Banyak sangaatt tempat boleh pergi. Belum masuk Muzium lah, restoran segala-segala tu. GM Chow Kit pun best tau.

Orang kata kalau sampai KL awak akan culture shock, sebab KL tempat maksiat katanya. Orang kata lah. Betul tak salah, KL banyak pub, kelab, maknyah segala tu, merata ada. But trust me pilihan ada pada engkorang, kalau korang pandai bawa diri. Everything akan jadi ok. Kalau nak berjalan balik 2,3 pagi. Pendapat aku tak salah pun, asal korang faham apa korang buat, tahu batas korang. Ingat Allah dulu.Sebab aku akui KL malam lagi cantik, kekdanag tak puass tengok lelampu. hehe ! Eh tetiba entry jadi panjang ni macam mana ? Nak baca silakan, tak nak tak pe. huahaha 

Terima Kasih Kalau Baca <3


3 comments:

  1. Bukit ampang ngan kg baru tak pernah pergi. Haish ni kena suruh member KL bawak jalan nih. Lagi tempat best kat KL please. Hehe sebab kite baru jer nak biasakan jalan kat sini...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Teena pergi lah bukit ampang. syiokk. Kampung baru masa lapar pergi lah. haha! Tapi mknn mahal sikit lah. hewhew

      Delete
  2. Dah jarang jarang makan nasi lemak antarabangsa tuuu. eheh. tapi jalan tar selalu. Eheh :D

    ReplyDelete