Wednesday, February 25, 2015

Restoran My BBQ Place Batu Pahat

Assalammualaikum and Hai.


My BBQ Place Batu Pahat | orang-orang batu pahat mai dekat aku nak bagi tahu tempat yang korang boleh habiskan duit sambil tambah lah sikit lemak yang ada tu. tehee. My BBQ Place dekat batu pahat. Dah nama bbq place takkan serve mee goreng mamak pulak ? haha sehari before balik KL tu hari sempat lah jalan-jalan dengan geng slot (jgn tanya knp geng slot, rahsiaa kiteorg semua, korang tak boleh tahu ). Cuti selama sebulan lebih, kalau tak keluar dengan geng slot dianggap derhaka ( gurau je nanti viral pulak ), maka spend time lah sehari untuk diorang ini. Alhamdulilah aku nak bagi tahu satu duniaaa yang Allah baikk sangat dengan aku. Selain ada makpak yang sayang aku sangat, aku juga ada ramaaaiii kawan, yang alhamdulilah susah senang sesama, geng slot ini kawan sekolah dedulu. Erm kawan UM pun i sayang, nanti terbaca sedih pulak tak bagi tahu aku sayang. hahaha


Wefie sikit dalam kereta anis. Sekarang ke mana-mana anis jadi driver. Dia kata macam bas kilang ambil pekerja. Kojaqq anis. haha. Pergi berlima, anis, bell, ika, azi, aku. Azi dia drive sendiri, tak ada pekerja kilang nak tumpang dia. Cat, noi, mak jah cannot go, busy. Tak pe lain kali ya. 





Boleh tahan lah, gambar atas semua credit page My BBQ Place. Seafood macam-macam ada. Dari ayam blackpaper, ayam kunyit, biasa semua ada. Mee pun ada macam-macam mee dia. Tu sos pun ada macam-macam. Nanti harga kita cerita kat bawah tau. Aku makan sampai terdampar di tepi sungai. gituuu. masa kite orang pergi tak ramai orang. tempat ada aircond, bersih. Bawah baby pun selesa. Aku cakap jujur, dia tak bayar aku pun suh update blog ni. hehe


Nak makan pun wefie dulu. Tak paham aku budak sekarang ni. (cakap dengan diri sendiri). 


Aku tutup mulut bukan sebab kan ambil gambar ni pakai monopod sebab konon nak semua ada, lepas tu letak timer 10 saat, nak sampai 10 saat semua lenguh lepas tu nak gelak, aku cover gelak lah tu. Last-last muka aku je yang tak lawa, dierang senyum cun je. podahh.


Ni mangkuk aku untuk first round. First round ya. Ada sepuloh kali round lepas tu.







untuk bakar-bakar tu pun kitorng repeat entah berapa kali pun aku tak tahu. Ada aiskrim, cuma aiskrim masa tu ada 3 flavour je. Yang lain habis kot. Nasi pun ada, orang malaysia, bbq pun nak kena ada nasi. Air standard lah, coke, mango, oren, sarsi, apa lagi aku pun tak ingat. Bebola tu pun macam-macam ada. Pokoknya datang sini jangan perut kenyang. Kalau kenyang rugi. Aku dari pagi memang tak makan. Makan sini je, sebab tu makan sampai kenyang. Kalau orang bp mesti tahu satu lagi tempat polkadot tu, polkadot murah sikit, tapi kalau bawak baby ke tak selesa sangat. Sini selesa. Polkadot pun banyak jugak dia punya pilihan tu.


Kalau boleh nak hirup je mangkuk tu, tapi nanti geng slot gelak ke aku. Payah. haha untuk kuah ada dua perisa, tomyam dengan sup. Kiteorng ambik tomyam. 



Kenapa muka azi,ika,znis cantik shining, sebab diorang duduk menghadap matahari, bawah lampu tu shining. Aku and bell duduk membelakang matahari, tu ja gelap. Hurmm dah gelap tak mengaku. Aku lah bukan kau bell. hehehe


Nak balik pun wefie lagi ? hurmmm. Kalau korang tanya antara polkadot dengan sini aku tak boleh pilih. Dedua pun sedap. Cuma sini mahal sikit, tapi tempat selesa. Untuk harga hari RM28++, hari tu kitorang kena sorang RM31 tak silap lah, dah lupa. Sebab siap charge servis sekali. Untuk kekanak harga lain rasanya. Kat bawah aku bagi alamat siap no telefon lagi. Apa-apa sila call sendiri.  eh dekat kluang pun ada outlet dia, makanya orang belah kluang sana pun boleh pergi. Nanti aku bagi alamat siap-siap.

MY BBQ PLACE

KLUANG

Lot No. LG-08 Lower Ground Floor, Kluang Mall, Jalan Rambutan, Bandar Kluang, 86000 Kluang Johor.

No Tel : 07-7722988

BATU PAHAT
No. 8 Jalan Perniagaan Ceria 1, Pusat Perniagaan Ceria, 83000 Batu Pahat Johor ( depan sikit dari BP Mall )
No Tel : 018-6370988 | 016-9012305

Terima Kasih Sudi Baca !

Iklan :

Miracle Collagen Dust Sangat Hot Item Sekarang. Laju je habis, maka siapa nak order mohon cepat tau.

1 botol RM25 ( tak masuk postage )
4 botol rm100 ( free poss )

beli 2 botol ke atas boleh pilih gift tau.

order whatsapp +6017-7492503


Instagram : @sharifasyahirah
Facebook : sharifah syahirah II

Sunday, February 15, 2015

Instagram @sharifasyahirah

Assalammualikum. Hai

kahkahkah gelak dekat diri sendiri. Orang lain sejak 5 tahun lepas dah ada Instagram. Engko baru nak buat. kahkahkahkah gelakk lagi. Kesian. Sesiapa yang ada Instagram boleh lah kita main follow-follow. Akak bukan macam budak h** u follow i follow back. Umur akak dah 23 tahun dik, dah tak sesuai. Tapi akak follow siapa yang nak jadi kawan akak je. Sebab dah umur cenggini ukhuwah tu lagi best kot. Akak memang ramai kawan, walaupun kawan touch n go je hahaha. 


aku update segalanya. Bisnes, lifestyle semua update sini. Eh aku ada barangg baikkk tapi harga baloi-baloi nak tunjuk korang. Nanti aku update. Nak tahu dulu pergi tengok insta ea. Entry kunming ada bape part lagi tak hupdate. Mohon kau azan sebelah telinga aku ni. kahkah Follow lah instagram iteeww itueww. Aku baru follow itu gadis zyrarox. Engko cantik rupanya, patut engko tak publish gambar kat blog. hehe  nanti tinggalkan id insta korang. aku usha baikk punyaa. kahkahkah

bye korang.

Terima Kasih Sudi Baca

Thursday, February 5, 2015

Kunming, China - Bandar Kunming

Assalammulaikum, hai.


Nah ini sambungan entry Kunming. mana-mana yang tak baca lagi part I boleh baca kat sini ya Kunming, China - Departure and Arrival kalau boleh nak cecepat habiskan entry Kunming ni. Minggu lepas lagi nak habiskan, tapi banyak gambar aku transfer dekat lappy bapak aku, makanya lappy tu pergi servis, jadi tergendala. Laju kau lepas servis terus semangat pinjam laptop abah nak hupdate blog. Muehehe. Ini hari kita cerita bandar Kunming ya. Apa yang best, apa yang tak. Pada aku bandar Kunming lebih kurang sama je dengan KL, sesak serabut, selirat semua. haha Dari uni aku tu nak ke bandar tak jauh adalah 15 minit naik bas no 10. 

Tambang bas murah 2yuen untuk bas ada aircond and 1yuen untuk yang tak ada aircond. 1yuen sama dengan 0.50sen. Murah. Walau tak ada aircond jangan kau takut ya, sebab tak ada bau. Cuma kalau naik bas kat sini seram, eh bukan bas je motosikal, basikal, kereta semua seram. Diorang bawak gila kau tahu. Lampu isyara pun aku pening. sampai aku nak balik M'syia pun masih tak paham lagi. kau bayangkan kalau m'syia lampu merah, pejalan kaki hijau maka kau boleh lintas dengan selamat. Tapi kat sana tak ya, engko lampu pejalan kaki hijau, lepas tu lampu isyarat ada merah dengan hijau. Maka engko lintas sambil elak-elak kereta. mampu ? aku pun berlari-lari nak cecepat lintas, kalau nak let it go biar dekat m'syia ya. hahaha konghajo sangat. Kau tak paham aku cerita ? haha tak pe lah susah nak explain. Kau tengok mukadimah dah panjang macam ni. Aku listkan lah tempat-tempat best dekat area bandar, biar senang. Nanti korang kalau ada nak ke sini, ada idea.

- Perkampungan Islam.
Perkampungan islam wajib pergi kalau ke bandar Kunming. Dekat sini semua dijamin halal. Ada satu kedai M'syia jual pakaian dari M'syia, tapi owner yang jaga bukan orang M'syia. Tudung kat sini ada yang dari m'syia. Ada kawan aku tu, nak beli tudung, last aku belek-belek ada tulisan Melayu, made in malaysia. Apakah sangat engko ni, dari Malaysia nak beli tudung Malaysia. Nak kata ke kau beli tudung tu dari China ? hahahaha terus letak, tak jadi beli. Makanan dekat sini pun halal. Selalunya kiteorang keluar masa hari Jumaat, sebab budak lelaki solat jumaat kat sini. Ada masjid, unik masjid dia.

masjid

waktu malam


Kat sini banyak jual makanan yang macam ni. Yang atas ni kat masjid. Mahal sikit. Ada yang lagi murah nanti aku bagi tahu kat mana.

- Kampung Kraf
Aku tak tahu nama china dia apa. Aku sesuka hati letak nama sebab sini banyak jual barang kraf. haha ! Harga kat sini mura lagi dari lousiwan. Nanti lain entry aku bagi tahu Lousiwan tu apa. Tunggu tau. Aku suggest barang kraf beli sini je. Murah. Ahndmade lagi. Ada yang 10yuen, ada 5 yuen bag aku beli untuk souvenier. 




Kalau ke sini kau cari auntie ni. baik sangat. haha memula aku tak borong sini, aku nasihat kalau ke sini masuk habis-habis tanya harga. Ada jual murah ada mahal. Auntie ni baik dia tu beli 10 purse free 1, purse dia pun murah 10yuen. Lepas tu aku terus agkut anak-anak lelain mai sini, sampai auntie ni kenal dah. aku mintak komisen bawak kawan dia buat derk je. mihaha

Memborong aku. syorga sangat aku. mata ke atas terus sebab murah. Ni baru separuh ya. Siap aku buat list nak bagi siapa. Balik terus mak aku memilih. Dia pun juling nak semua kalau boleh haha!

 Kau nampak yang macam tasbih tu. Tahu tak rupa dia mula-mula buruk sangat menggerutu. Syarat dia kau nak beli kau kena gosok dengan kertas pasir baru licin, masalahnya bukan penjual yang gosok. kau gosok sendiri. Maka reramai lah orang china ni dengan kerusi duduk tepi kiosk menggosok. Laku pulak tu aku tengok. Ada azimat ke hapa.


-Pasar Malam
Ni pun best , sebab kalau pasar M'syia ada bumbung, sini tak ada. Peniaga tak naik kereta/van. Ada tapi 1 dua. Naik motor je. Modal kain dengan barang nak jual. Bentang kain tu letak barang kau. Gitu je pasar malam dia senang tak payah lipat payung. haha! Sini awas ye penyeluk saku banyak. Jaga duit/passport bebaik


Sini banyak jual payung, kualiti dia ok sangat. Aku nyesal beli 1 je ritu. Nak beli 10. haha! Tips membeli kat sini. Kalau kau nak beli tawar2 tak dapat kau belakon sikit haha! contoh kau nak beli bag harga asal 70yuen, kau nak harga 50yuen mintak2 tak dapat. Kau pura-pura nak pergi, nanti kau tengok dia panggil kau balik bagi harga tu. tapi awas kau jangan tawa2 bila dah bagi tak beli. Tak balik M'syia tak tahu ea. hahaha tapi aku ada kengkawan yang memang dari china, jadi mudah sikit. 

Kat bandar ni pun banyak kedai-kedai yang proper sikit. Sepanjang jalan kedai, mall kau boleh je masuk nak tengok. Tapi mall mahal sikit dari luar. Lagi satu aku suka pergi dekat kedai belakang2 tu, ada jual kraf jugak.


Yang ni dekat kedai belakang2 tu lah. Cantik tempat dia. Banyak bangunan lama. Auntie u kenapa tengok i itu macam, u ingat u hot ke ? Auntie u tahu i lagi hot lahh. setakat pakai legging, i dalam bilik short pants je. hahahaha sengal. I lagi pioa liang lah auntie.

Terima kasih Mardhiah selalu teman ittew jenjalan. 

Ada 1 hari tu kiteorang jumpa dengan orang malaysia, outstation sini. engko tahu duduk oversea jumpa orang M'syia best rupanya. haha akak tu mintak email gambar, tapi masa balik email dia hilang haru sangat. Maaf kak. Kalau akk baca, akk ambik je gambar saya he. 


Nah 2, 3 keping lagi gambar bandar Kunming.

 Engko pergi belajar ke shopping ? 


 Mercu tanda ni banyak je ada kat sini

 I jatuh cinta dengan u tau, tetiap minggu nak tengok u. muhahaha



Aku pergi berkali-kali bandar ni. Biasanya balik membawa sesuatu lah. haha tak pernah tangan kosong. Aku tak letak watermark dekat gambar. Sebabnya aku malas. Alasan kauu. Makanya kalau nak ambil aku izinkan, nak kredit dekat aku pun boleh, tak kredit pun tak pe. Tapi guna gambar untuk tujuan bebaik je ea. Jangan salah guna. Awas kalau aku tahu. hahaha takut sangat. Baiklah dah pa pukul 12.37 tengah malam dah. Eh kira pagi kan. Nak tido. Zao Shang Hao (selamat pagi, pukul 12 pagi kea. )

Terima kasih Sudi Baca !