Thursday, May 28, 2015

Makanan Sedap di Bandar Kunming

Assalammualaikum. Hai



Semalam aku bosan jadi aku tengok movie kat youtube je pun. Tengok cite Assalammualaikum Beijing. Boleh tahan best lah cerita tu. Si Reva bawang putih tu yang berlakon, hero tak kenal lah aku sape. Dalam cerita tu ada cerita pasal Kunming, pasal patung asshima. Banyak kali lah sebut. Aku geram juga lah, sebab aku tak pergi pun tengok patung asshima tu. Masa pack lah, nak jalan-jalan sangat tu. Sebab cerita tu, lepas tu terus tertengok gambar-gambar masa kat kunming dulu. Tertengok makanan. Dulu aku update pasal kuming tak habis kan. Ha ni aku sambung lah ni. Pfftt sangat.






Yang ni aku panggil cucuk-cucuk. Ada macam-macam jenis. Ada sayur ada macam fish ball, ada mcm bebola daging. Bebola daging tu ya ampun wey sedapnya. Bila gigit macam ada isi lain dalam tu. Dengan pedas-pedas dia. Dia tak goreng macam dekat M'syia punya. Dia bakar, ada rempah-ratus siap. Harga pun ok lah RM1 ke RM2 duit M'syia. 



Kat sini tak ada nasi berlauk ya. Eh ada-ada masa hari last aku pergi kampus baru dia, situ baru jumpa nasi berlauk. Kalau tak pesen nasi macam ni. Lauk letak atas nasi. Yg lauk tu boleh tukar-tukar ada ayam, daging, sayur-sayur, kentang. Sedaplah. Rindunya.



Ini macam tomyam versi cina. Tapi daging, ayam tak ada ya. Sesayur je semua. Kau pilih-pilih sayur lepas tu dia rebus. Memang fresh. Kat sini buah teratai tu senang dapat. Tu yang aku rinduu sangat tu. muhehehe Rangup rasa buah teratai tu. Rasa ni pun sedap. dua hari sekali ke pergi lah makan ni. Seminggu mesti dua, tiga kali makan. 




Ni gula-gula kapas biasa je. Cumanya aku jakun sebab dia boleh pulak buat ada bentuk-bentuk tu. Ada bentuk bunga, love lah, tu beli tu. Rasa dia biasa lah manis je.







Ini kita panggil La Mian dalam bahasa cina, bila melayukan jadi mee tali. Apa yg best kat china ni, semua mee dia homemade. Time kau nak makan tu baru dia buat. Jadi tak ada bahan campuran mana. Rasa pun lemak-lemak gitu. La Mian ni aku tak minat mana. Dia ada ayam dengan daging. Bukan tak sedap cuma tak kena dengan tekak aku. hehe




Kalau jalan tepi-tepi jalan tu banyak jual cucuk-cucuk macam satay tu. Lepas tu jual macam kentang macam atas ni. Ada jagung. Jagung paling menyesal beli. Keras boleh patah gigi aku. Kalau sini nak tahu halal ke tak tengok peniaga dia. Biasa yang islam pakai tudung, pakai kopiah. Kalau tepi-tepi jalan lah. Kalau kedai dia ada sijil halal macam m'syia. Ada yang kata tak takut ke makan yang kat tepi-tepi jalan, tak halal ke. Masa ni yang penting yakin je. Sebab kekadang kita orang jalan-jalan, payah nak jumpa kedai makan halal dekat sesetengah tempat. Jadi alas perut dengan beli yang dekat tepi-tepi jalan ni. Tapi kalau nak heaven pergi perkampungan islam dekat tengah-tengah bandar kunming tu. Semua yang jual dalam tu orang islam. Halal semua. Tapi mahal sikit dari yang area kampus kite orang tu. Tapi suka lah semua boleh makan tanpa ragu. Kat dalam area kampung ni jugak aku nak terbeli tudung yang base dari M'syia. pffft. Fly jejauh beli balik tudung M'syia. 


Ini adalah sesatunya kedai coolblog yang halal area kampus kiteorang. Dia jual air macam puding-puding, puding dia ya allah, terasa kat tekak ni ha sedapnya. Aku rasa dia memang kaya kite orang ada sini. Petang-petang mesti pergi sini beli. Balik makan tengah hari pergi sini beli. Semua yang ada kat kunming aku rindu, kecuali tandas, jalan raya dia, dan certain manusia yang ada kat sini. Yang tu tak rindu. Nanti-nanti ada duit lebih boleh lah pergi lagi tengok patung asshima ke. Honeymooonn ke. muhehehe. Itu sajalah setakat ni. Aku rasa lepas ni kena rajin sikit update blog. ( bukan dari dulu patut rajin ke ?, tapi ko malas jugak maslahny ), sebab kekadang cust aku banyak yg datang dari blog. wuuu lap-lap air mata bila dia kata, sy baca blog akk, sy datang dari blog, aku blogger yang entah apa-apa ni, mestilah lap-lap air mata bila ada orang baca blog sendu aku ni. Terima Kasih lah ya.


Terima Kasih Sudi Baca !

3 comments: